Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Google+ Followers

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Isu Utama

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025 KEMAJUAN DAN KEJAYAAN Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepa...

ASPEK NEUROFISIOLOGI KEBANGKITAN

on 4 Mac 2012


Apakah yang anda faham tentang kebangkitan? Kebangkitan ataupun juga disebut sebagai arousal, drive, activation, readiness dan excitation adalah keperluan dalaman yang diperlukan atlet dalam sesuatu persembahan sukan yang optimum. Pergerakan, pemikiran dan tindak balas yang mencukupi boleh didapati sekiranya atlet mempunyai kesediaan dari aspek fizikal dan psikologi. Sesetengah jenis sukan memerlukan kemahiran motor yang lebih relaks dan lembut seperti golf putting atau bowling oleh itu memerlukan tahap kebangkitan yang lebih rendah berbanding sukan yang memerlukan kemahiran motor yang lebih kasar dan kuat seperti yang didapati dalam sukan sentuh(body contact) atau lari pecut.


Cratty (1989) mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan individu untuk melakukan aksi secara fizikal, intelektual dan perseptual. Manakala Wann (1997) memasukkan unsur fisiologi sebagai faktor utama yang menentukan tahap kesediaan untuk beraksi baik secara fizikal, intelektual mahupun persepsi. Aspek kesediaan dan kebangkitan dalam persembahan sukan boleh diukur berdasarkan tanda perpeluhan pada tapak tangan atau jari, ketegangan otot, perubahan kadar nadi dan jantung, dan tekanan darah. Tanda-tanda tersebut menunjukkan bahawa unsur fisiologi sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada proses kebangkitan. Kebangkitan sebenarnya bersifat neutral, namun kesannya bergantung kepada sejauh mana penerimaan persepsi individu terhadap sesuatu situasi yang dihadapi. Sehubungan itu, kebangkitan lebih sesuai didefinisikan sebagai kesediaan fisiologi individu untuk bertindak secara fizikal mahupun mental (Shaharudin, 2001).
Terdapat 2 faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kebangkitan iaitu fungsi struktur otak dan juga sistem saraf autonomik. Struktur otak yang berkait rapat dengan proses kebangkitan adalah cerebral cortex, hipotalamus dan reticular formation.
a.            Cerebral Cortex
Fungsi intelektual tahap tinggi berlaku di cerebral cortex seperti pembentukan gambaran kognitif mengenai kebimbangan. Sebagai contoh, apabila seorang ahli gimnastik mula berasa gementar ketika hampir melakukan lompatan, pengaktifan cortical menentukan sejauh mana kebangkitan diterjemahkan kepada fokus tumpuan yang lebih konstruktif.
b.            Hipotalamus
  Fungsi hipotalamus adalah mengawal sistem endokrin yang menyediakan tubuh badan secara fisiologi dan psikologi apabila berhadapan dengan situasi yang memberi tekanan.
c.             Reticular Formation
Berfungsi sebagai sistem amaran untuk menggerakkan struktur otak yang lain. Apabila mesej tiba ke bahagian reticular formation, pusat cortical akan menerima amaran bahawa maklumat dalam perjalanan, maka kebangkitan akan mula tercetus.

Kebangkitan juga berpunca daripada tindak balas sistem saraf autonomik yang mengawal tindak balas automatik dan fungsi luar kawal tubuh badan seperti degupan jantung, pernafasan, tekanan darah dan sistem endokrin. Sistem saraf autonomik terdiri daripada sistem saraf simpatetik dan para-simpatetik. Sistem saraf simpatetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan kerana ia menyediakan tubuh badan untuk tindakan flight-or-fight, manakala sistem saraf para-simpatetik berfungsi sebagai penenang dalam proses menurunkan kebangkitan.
Bahagian otak yang mengawal selia sistem saraf autonomik ialah hipotalamus. Apabila individu menerima maklumat yang beliau sedang berhadapan dengan sesuatu cabaran, hipotalamus akan menerima impuls tersebut dan seterusnya menyediakan tubuh badan untuk berhadapan dengan proses figth or- flight terhadap cabaran tersebut. Di sinilah kerjasama antara sistem saraf autonomik dan sistem endokrin terbentuk.
Sistem endokrin mengandungi kelenjar yang merembeskan hormon tertentu ke seluruh tubuh badan melalui salur darah. Namun, kelenjar yang berkaitan dengan proses kebangkitan ialah kelenjar pituitari dan adrenal. Apabila hipotalamus diaktifkan sebaik menerima impuls, ia mula merangsang kawasan-kawasan lain yang berkaitan termasuklah kelenjar pituitari dan adrenal. Kelenjar adrenal merembeskan hormon epinephrine yang bertanggungjawab mencetuskan tindak balas fizikal terhadap kebangkitan stres seperti peningkatan kadar degupan jantung. Manakala kelenjar pituitari merembeskan hormon ACTH (adrenocorticotrophic  hormone)yang menghasilkan tenaga  bagi tubuh badan sama ada sebagai persediaan untuk tindak balas figth-or-flight atau proses pemulihan daripada jangka masa aktiviti yang berlebihan (hormon cortisol), dan membolehkan tubuh badan membuat penyesuaian sebagai persediaan berhadapan dengan peningkatan kadar aktiviti otot serta penguraian haba dan bahan kumuhan (hormonaldosterone).
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Label

Umum (117) Olahraga (87) Info Kesihatan (47) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) anatomy (26) Bola Sepak (25) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) HBPE3303 (8) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Olimpik Rio 2016 (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) HBHE 2103 (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Khairul Idham PAWI (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) 100meter (1) AFC (1) Aerobic (1) Anita Yusof (1) Bola Jaring (1) Brazil (1) Coaching Soccer (1) Euro 2016 (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE1203 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KBAT (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mohd Faiz Subri (1) Moto3™ World Championship (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Pandelela Rinong (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) aerobic (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) raja pecut (1) sukma (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO