Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Memuatkan ...

Hadiah 1 Juta Menanti.....

on 28 Dis 2011

 Misbun Jangan Terperangkap Sendiwara BAM


WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik dan  selain daripada bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.
BAM betul-betul cemas sekarang melihat prestasi anak emas mereka Dato Lee Chong Wei. Semasa mereka menendang Misbun dari BAM dahulu mereka merasakan Lee sudah cukup bersedia membawa emas yang dihajatkan. Lee pun merasakan dia sudah mampu berdiri tanpa Misbun, bagaikan kacang lupakan kulit Lee menyatakan dia mampu berdikari tanpa Misbun. Hakikatnya, tanpa Misbun siapalah Lee dan BAM. BAM terlalu banyak bersendiwara sejak zaman Misbun dan adik-adiknya dahulu lagi. Ramai pemain berbakat terkubur angkara BAM. Harap Misbun sedar perkara ini, biarla kita menanti 100 tahun lagi untuk melihat emas ollimpik. Selama ini pun kita tak kebulur kerana tidak dapat emas di olimpik.
Jika Misbun ingin kembali semula kepada BAM rasanya perlu ada harga yang mahal terpaksa dibayar kepadanya setimpal dengan sumbangan Misbun pada BAM dan negara. Kalau pemenang dapat RM 1 juta dan pencen,Misbun juga harus mendapat habuan yang sama. Jika tidak lupakan saja Misbun.

Tag :

Craft ur video & sprinkle in a bit of financial management or investing knowledge to it & submit! #iFiLMSIDC

on 26 Dis 2011

Craft ur video & sprinkle in a bit of financial management or investing knowledge to it & submit! #iFiLMSIDC
Want to help with the very honorable effort to end ignorance?
Craft your video and sprinkle in a bit of financial management or investing knowledge to it and submit!

Spark ideas for the rest and JOIN NOW !
Tag :

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA KERANJANG

i. Masa Permainan
  1. Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit
  2. setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).
  3. 10 minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.
  4. Penjaga masa akan menghentikan jam permainan:-
a. Semasa berlaku satu faul.
b. Dalam satu kejadian “Jump Ball”.
c. Tamatnya satu waktu permainan.
d. Permintaan masa berhenti (Time out).
e. Satu kecederaan berlaku.
f. Pengadil mengarahkan jam permainan dihentikan.
• Penjaga masa akan mulakan jam permainan semula:-
a. Lontaran ke dalam dan bola disentuh oleh salah seorang pemain.
b. Lontaran percuma terakhir bola.

ii. Permulaan Permainan :
  1. Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
  2. Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan “Jump Ball” di bulatan
  3. tengah.
iii. “Jump Ball”
  1. “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil melambungkan bola di bulatan tengah.
iv. Jaringan Gol :
  1. Jaringan gol dihasilkan apabila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.
  2. Pasukan yang menjaringkan gol mendapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan gol dalam kawasan 3 mata.
  3. Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran ke dalam.
v. Jaringan Bebas :
  1. Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang telah difaulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.
  2. Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.
vi. Bola Keluar :
  1. Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar gelanggang.
vii. Lontaran Ke Dalam :
  1. Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan di tempat yang ditunjuk oleh pengadil.
  2. Pemain mempunyai 5 saat untuk membuat lontaran ke dalam.
  3. Semasa membuat lontaran ke dalam, pemain-pemain lain dilarang menyentuh atau melampaui garisan sempadan tepi.
  4. Pengadil bertanggungjawab menyerahkan bola untuk lontaran ke dalam.
viii. Pemain di luar batasan gelanggang :
  1. Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh batasan sama ada di atas atau di luar garisan.
  2. Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain di luar batasan gelanggang.
ix. Penggantian Pemain : Boleh dilakukan oleh jurulatih apabila:
  1. Satu faul telah berlaku.
  2. Berlaku “Jump Ball” (Lontaran dalam bergiliran)
  3. Lontaran ke dalam.
  4. Masa berhenti (time-out).
  5. Bila berlaku kecederaan.
x. Peraturan 3 saat
Seseorang pemain dilarang berada di dalam kawasan larangan pasukan.
lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

xi. Peraturan 5 saat :
  1. Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar,
  2. menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat semasa
  3. dikawal ketat oleh pihak lawan.
xii. Peraturan 8 saat :
  1. Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di kawasan lapang belakang gelanggang lebih daripada 8 saat.



Tag :

Bola Keranjang


PENGENALAN
Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini telah meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936 sehingga Olimpik 2008 (Beijing).
Sementara itu, bagi wanita, permainan ini mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat. Di sana, para pemain dibayar gaji secara kontrak mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang paling tinggi. Permainan ini diperkenalkan di negara kita pada tahun 1929 oleh Inggeris. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru ini. Perkembangan pesat sukan ini terbukti selepas Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSoCIATIoN) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agung dimulakan. Piala Agung Pertama dipertandingkan di Kuala Lumpur pada1958. VMABA menjadi ahli FIBA pada tahun 1959. Pada peringkat sekolah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967. Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM. Permainan bola keranjang menjadi lebih popular dalam kalangan murid-murid sekolah dengan adanya bantuan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan pihak sekolah sendiri.

Tag :

Apa Terjadi pada 7 Januari dan 4 November 2012? - 2012 in Quran - Elenin Meteorite

Apa Terjadi pada 7 Januari dan 4 November 2012?

Tag :

10,000 steps to a healthier you!

on 25 Dis 2011

Our fast-paced and hectic lifestyle requires us to not just be active everyday but also to watch what we consume daily especially the consumption of salt and sugar. 

Do you know that just by walking 10,000 steps each day, you burn more than 300 calories? By choosing the stairs instead of an elevator or walking to a park further from your destination and making the time to go for a walk, it can help strengthen your muscles and bones. 

Here are some tips: 
- Find shoes that can double as dress/work shoes and walking shoes so you can always be ready to walk. 
- Don’t email your co-worker down the hall, walk to them instead. Save the email and phone calls to talk to them for a closer contact

Think about it the next time you say hello to your colleagues and loved ones. Those few steps everyday can make you a fitter and healthier person! Also don't forget to reduce the carbs and only consume what your body needs to maintain a healthy living. Happy holidays!

Tag :

Konsep, Matlamat, Objektif Pembelajaran Masteri


Matlamat pembelajaran masteri adalah bertujuan membimbing guru supaya memahami dan melaksanakan Pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Objektif pembelajaran masteri adalah untuk membantu guru-guru:
a.  Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
b.  Menerangkan langkah-langkah Pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
c.  Melaksanakan Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran.
Konsep ini diperkenalkan oleh Bloom, B.S. pada tahun-tahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran.
Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.
Peranan guru ialah untuk menentukan pelajaran yang perlu dikuasai. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
Pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985; Bloom 1981). Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000):
        i.      Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan menjelaskan bagaimana ianya akan dinilai.
       ii.      Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
      iii.      Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah-langkah pemulihan yang sesuai.
      iv.      Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Teori ini mencadangkan fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari (Mastery 2000). Ianya agak berbeza dengan teknik pembelajaran secara tradisional dimana di dalam kaedah ini pelajar diberi jumlah masa yang sama untuk menguasai sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza (Mastery 2000).
Tag :

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Melalui proses pembelajaran masteri, pelajar perlu menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain. Kaedah pembelajaran ini mencadangkan supaya sentiasa fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari (Mastery 2000). Ianya agak berbeza dengan teknik pembelajaran secara tradisional di mana di dalam kaedah ini pelajar diberi jumlah masa yang sama untuk menguasai sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza (Mastery 2000). Di dalam suasana pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985; Bloom 1981).
Bacaan Lanjut:
Tag :

Festus Baise "Reverse Scorpion Kick" Spectacular Own Goal

on 21 Dis 2011

Festus Baise has scored one of the most spectacular goals in football history, thrilling the crowd attending the Sun Hei-Citizen AA fixture in the Hong Kong first division


Tag :

Sifir Gaji Guru 2012

Tag :

Tumpuan Terpilih

Manusia punya kebolehan memilih tumpuan terhadap maklumat yang diperlukan sahaja, dan mengendahkan maklumat lain yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, sering berlaku masalah apabila sukar untuk memilih fokus tumpuan yang sebenarnya  hingga menyebabkan individu hilang fokus atau overstimulation. Sebagai contoh dalam permainan bola jaring, pemain perlu memilih untuk beri tumpuan kepada jaringan bola, bukannya kepada sorakan penonton.
Selain itu, masalah sering juga berlaku melibatkan keupayaan individu untuk memberi tumpuan terhadap lebih daripada satu perkara dalam satu masa yang sama. Contohnya, pemain bola sepak perlu menggelecek bola, dan pada masa yang sama perlu melihat pergerakan pihak lawan sambil memerhati ahli pasukan membuat hantaran bola. Dalam konteks ini, aspek yang perlu diambil perhatian adalah ruang pemprosesan maklumat yang harus digunakan secara adil bagi membolehkan individu memberi tumpuan dan menghasilkan tindak balas terhadap lebih daripada satu maklumat dalam satu masa yang sama. Sekiranya sesuatu tugasan memerlukan semua ruang pemprosesan yang ada, maka hanya tugasan itu sahaja yang akan diberi perhatian, manakala tugasan yang lain akan terabai. Keadaan ini boleh menjejaskan mutu persembahan.
Tumpuan dan konsentrasi boleh dikurangkan melalui proses pembelajaran masteri. Sekiranya atlet mahir dan telah mempelajari sesuatu tugasan secukupnya, tindak balasnya akan menjadi rutin, dan daya tumpuan dan konsentrasi boleh dikurangkan. Teori reaction time probe menjelaskan bahawa keperluan memberi tumpuan dalam sesuatu perlakuan motor akan berkurang apabila pembelajaran terhadap perlakuan motor tersebut meningkat, dan membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap maklumat yang lain. Walau bagaimanapun, ada kalanya, keupayaan memberi tumpuan dan konsentrasi juga bergantung kepada tahap pemain itu sendiri. Contohnya, bagi pemain bola keranjang peringkat novis, sukar bagi mereka untuk memberi tumpuan sekali gus terhadap arahan jurulatih, jaringan bola atau reaksi kawan sepasukan. Pemain novis hanya memberi tumpuan kepada aktiviti dribbling sahaja kerana pada peringkat novis aktiviti dribbling telah menguasai ruang keupayaan pemprosesan maklumat pemain tersebut.
Kebolehan individu memberi perhatian terhadap rangsangan yang bersesuaian semasa pertandingan di sebut sebagai fokus tumpuan. Konsep fokus tumpuan menjelaskan kebolehan individu sama ada untuk melakukan penguncupan tumpuan atau perluasan tumpuan apabila diperlukan. Penguncupan tumpuan adalah disebabkan penggunaan tanda-tanda yang ada di persekitaran (cue utilization). Dalam permainan, setiap tanda yang wujud di persekitaran memberi maklumat kepada pemain. Tanda yang relevan memberi kesan sangat baik kepada kualiti persembahan, tetapi tanda yang tidak relevan boleh memusnahkan persembahan. Dalam keadaan kebangkitan yang masih rendah, pemain akan mengambil kira tanda-tanda yang relevan dan tidak relevan. Apabila kebangkitan meningkat, tumpuan pemain akan mula menguncup sehinggalah sampai ke tahap kebangkitan yang optimum, penguncupan tumpuan akan bertumpu ke arah tanda yang relevan sahaja. Ketika ini mutu persembahan adalah pada tahap yang sangat baik. Tetapi jika kebangkitan terus meningkat, tumpuan akan terus menguncup manakala tanda-tanda yang relevan akan terkeluar dari fokus tumpuan, mengakibatkan kemerosotan dalam persembahan. Terdapat juga pemain yang mempunyai daya fleksibiliti yang baik dalam tumpuan iaitu kebolehan pemain menukar tumpuan dengan cepat dan efektif dari satu lokasi tumpuan kepada lokasi tumpuan yang lain, dan daripada penguncupan kepada perluasan tumpuan.
Tag :

Sistem Memori 2


Terdapat tiga jenis pusat simpanan memori iaitu pusat simpanan memori sensori, memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Pusat simpanan memori sensori menyimpan maklumat sementara dalam jangka masa yang sangat pendek sebelum ianya hilang, atau di salur ke simpanan memori jangka pendek (sehingga 5 saat). Semasa menerima maklumat sensori ini, sebarang keputusan perlu dibuat dengan segera. Sebagai contoh, dalam menentukan kesilapan yang dibuat oleh pemain, deria penglihatan pengadil perlu peka kerana imej kesilapan berlaku terlalu pantas. Keputusan pengadil perlu dibuat segera berdasarkan maklumat sensori yang diterima.
Pusat simpanan memori jangka pendek pula terletak di antara simpanan memori sensori dengan simpanan memori jangka panjang. Kualiti proses ulangan (rehearsal) perlulah baik bagi memastikan simpanan memori berada di tahap lebih lama. Maklumat yang dilatih berulang kali dalam jangka masa 20 hingga 30 saat mungkin akan dapat dipindahkan ke simpanan jangka panjang. Dalam pusat simpanan memori jangka panjang pula, maklumat disimpan lebih lama akibat proses ulangan (rehearsal). Maklumat yang dikeluarkan, kemudian dilatih berulang kali dalam simpanan jangka pendek bagi mengekalkan dan menguatkan lagi memori tersebut.
Tag :

Malaysia Tahun 2020 - Bila Umur Bersara Dinaikkan.

on 18 Dis 2011

Malaysia Tahun 2020
Nak gi mana tu pakcik?
Nak gi kerja la anak oi.




Tag :

Teori Reversal

on 17 Dis 2011



Teori Reversal oleh Kerr (1990) menjelaskan bahawa seseorang individu boleh mentafsir tahap kebangkitannya yang tinggi sebagai sesuatu yang menggembirakan atau membimbangkan, atau mentafsir tahap kebangkitannya yang rendah sebagai satu keadaan yang relaks atau membosankan. Konsep reversal wujud apabila tafsiran terhadap sesesuatu perasaan diubah daripada perasaan yang tidak menyenangkan kepada perasaan yang lebih menyenangkan. Sebagai contoh, seseorang atlet melibatkan diri dalam tugasan yang merbahaya dan berisiko seperti rock climbing akan mencetuskan peningkatan kebangkitan yang tinggi ke arah perasan yang tidak menyenangkan iaitu kebimbangan. Namun, apabila kemahiran dalam tugasan yang merbahaya serta berisiko tersebut telah dipelajari dengan baik, maka rasa kebimbangan diterbalikkan menjadi perasaan yang gembira. Boleh dikatakan bahawa teori reversal mencadangkan proses reverse psikologi sebagai contoh, rock climbing biasanya mencetuskan kebangkitan yang disebut sebagai kebimbangan, tetapi apabila kemahiran tugasan yang merbahaya ini telah dipelajari dengan baik, maka kebimbangan telah bertukar menjadi keriangan dan rasa teruja.

Bacaan Lanjut : Stress and performance in sport (1990) Jones, J. GrahamHardy, Lew.  Chichester, West Sussex, England and New York: Wiley.
Arousal-seeking in risk sport participants - 
John H. Kerr

Metamotivational states during canoe slalom competition: A qualitative analysis using reversal theory - Journal of Applied Sport Psychology Volume 10, Issue 2, 1998


Tag :

Teori Catastrophe



Model Lengkok Catastrophe oleh Hardy dan Fazey (1987) menjelaskan hubungan antara persembahan atlet dengan stres atau kebangkitan yang autonomik. Semasa berada di bawah tahap stres dan kebangkitan fisiologi, atlet akan terus meningkatkan mutu persembahan seiring dengan peningkatan kedua-dua faktor stres dan kebangkitan tersebut. Tetapi apabila atlet merasakan berlaku ketidakseimbangan antara kehendak tugasan dengan kemampuannya untuk menghadapi kehendak tersebut, maka berlakulah kebimbangan yang menyebabkan kualiti persembahan menurun secara mendadak. Setelah berlaku yang demikian, tahap persembahan yang sebenar hanya boleh dicapai semula jika tahap stres dapat dikurangkan ke satu tahap di mana lengkok persembahan yang sebenar adalah yang paling tinggi, iaitu ketika tugasan dapat disempurnakan dan ditangani dengan baik oleh atlet.
Apabila persembahan menurun seiring dengan peningkatan stres atau kebangkitan, maka tibalah ke satu titik di mana tugasan terpaksa dihentikan. Setelah itu kebimbangan kognitif mengambil alih peranan dalam menentukan bentuk kesan kebangkitan fisiologi. Jika kebimbangan kognitif berada pada tahap yang rendah, kebangkitan fisiologi akan wujud dalam jumlah yang sedikit dan kurang memberi kesan kepada persembahan. Tetapi, jika kebimbangan kognitif adalah tinggi, kesan kebangkitan fisiologi adalah besar dan boleh memusnahkan (catastrophic) terutama jika ia melepasi tahap optimum, maka persembahan akan terganggu dan menurun secara mendadak.
Bacaan Lanjut:
Testing the predictions of the Cusp Catastrophe Model of anxiety and performance.
Hardy, Lew
The Sport Psychologist, Vol 10(2), Jun 1996, 140-156.
Testing the predictions of the Cusp Catastrophe Model of anxiety and performance.
Hardy, Lew
The Sport Psychologist, Vol 10(2), Jun 1996, 140-156.

Tag :

Teori Inverted-U



Berbeza dengan hubungan secara langsung yang ditunjukkan antara kebangkitan dengan persembahan dalam teori desakan Hull, teori Inverted-U menegaskan hubungan yang berbentuk garis melengkung wujud antara kebangkitan dan persembahan dalam sukan. Kesan kebangkitan ke atas persembahan adalah bergantung kepada tahap optimum yang perlu dicapai dalam sesuatu perlakuan kemahiran. Sebagai contoh, pukulan golf memerlukan tahap kebangkitan yang jauh lebih rendah berbanding pukulan baseball, tetapi kedua-duanya mempunyai tahap kebangkitan optimum yang tersendiri, yang harus diketahui oleh setiap pemain.
                                             

Tag :

Teori Desakan Hull



Teori ini menegaskan bahawa persembahan (performance) dalam sukan bergantung kepada faktor desakan (drive) dan kekuatan tabiat (habit strength). Formula yang digariskan dalam tepri ini adalah seperti berikut; P (Performance) = D (Drive) x H (Habit). Desakan ialah penggiat tingkahlaku, manakala kekuatan tabiat merujuk kepada tindak balas yang dominan sama ada yg betul atau salah bagi sesuatu perlakuan motor. Oleh itu, teori ini menjangkakan bahawa kebangkitan meningkatkan lagi tindak balas yang dominan, tidak kira sama ada tindak balas tersebut adalah betul ataupun salah. Jika tindak balas dominan tersebut adalah betul, maka kebangkitan yang meningkat akan menghasilkan persembahan yang baik. Tetapi, jika sesuatu kemahiran tidak dipelajari dengan baik, ataupun kemahiran yang dilakukan adalah kemahiran yang kompleks, maka peningkatan kebangkitan akan menghasilkan tindak balas dominan yang salah, mengakibatkan mutu persembahan menurun. Merujuk kepada Rajah 4.5, teori esakan Hull secara tidak langsung mengetengahkan konsep ”lebih meningkat kebangkitan lebih baik” iaitu semakin meningkat kebangkitan maka semakin meningkat perlakuan motor tidak kira tindak balas dominan yang dihasilkan adalah betul atau salah (Anshel, 2003). Bentuk hubungan adalah hubungan secara langsung.
Tag :

Teori Multidimensi Stres-Persembahan



Hubung kait kebangkitan, kebimbangan dan stres dijelaskan menerusi model multidimensi stres-persembahan. Terdapat tiga sistem neurofisiologi yang bertanggungjawab dalam kawalan tumpuan terhadap stres. Sistem arousal berpusat di bahagian reticular formation dan anterior hypothalamus, serta dikawal oleh amygdala. Amygdala mengawal semua jenis tindak balas fisiologi dan dilihat sebagai pencetus proses persepsi. Sistem activation berpusat di bahagian tengah forebrain, lateral hypothalamus dan basal ganglia bertanggungjawab dalam kesediaan untuk bertindak balas. Ia dilihat sebagai pencetus proses kesediaan motor. Sistem koordinasi berpusat di bahagian hippocampaldan kawasan septal pula bertanggungjawab untuk mengawal selia sistem arousal dan activation bagi menghasilkan hubung kait antara persepsi dan usaha (seperti membuat keputusan). Ia dilihat sebagai sumber usaha yang perlu dilakukan oleh individu.
Justeru menurut Sanders (1983), stres akan berlaku apabila mekanisme usaha (sistem koordinasi) tidak berfungsi dengan baik  sama ada disebabkan beban tekanan yang melebihi atau kegagalan membuat penyesuaian terhadap sistem. Stres juga berlaku apabila sistem koordinasi gagal dalam membetulkan tahap kebangkitan dan activation yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, atau kerana kegagalan dalam membuat keputusan. Kebanyakan kemahiran dalam sukan memerlukan atlet supaya melakukan fungsi kognitif dengan cepat dan efisien. Sebagai contoh, persepsi atlet yang efektif terhadap sebiji bola yang sedang melantun dipengaruhi oleh keadaan kebangkitan atlet tersebut. Proses membuat keputusan yang efektif pula dalam memilih pukulan yang sempurna terhadap bola tersebut dipengaruhi oleh usaha, manakala persediaan kognitif dalam membuat pukulan dipengaruhi oleh activation.
Tag :

KEBIMBANGAN DAN KEBANGKITAN DALAM SUKAN


Dalam konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah dua konstruksi yang berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah berbeza dan memerlukan kaedah penyesuaian yang juga berbeza. Walau bagaimanapun kebimbangan dan kebangkitan saling berkaitan antara satu sama lain dan juga berkait rapat dengan stres. Landers dan Boutcher (1993) melihat kebimbangan state (state anxiety) atau stres berlaku akibat tahap kebangkitan yang berterusan. Gould dan Krane (1992) pula menyatakan bahawa kebimbangan juga dianggap sebagai implikasi emosi atau dimensi kognitif yang wujud akibat proses kebangkitan.
Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan stres dalam sukan, kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai sesuatu yang memberi ancaman. Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada perasaan atlet bahawa dia akan melakukan kesilapan dalam persembahannya, atau akan mendapat kekalahan di akhir permainan. Adakala kebimbangan wujud dalam aktiviti sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai seorang yang lebih kuat, atau mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang penting seperti pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan ini boleh menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai tahap keyakinan dan penghargaan diri yang rendah.
Menurut Spielberger (1972), kebimbangan terbahagi kepada dua iaitu:
a.   Kebimbangan state (state anxiety)

Kebimbangan state ialah kebimbangan dalam bentuk sementara yang berbeza dari segi intensitinya, seimbang dengan kekuatan pada tanda penurunan rasa takut. Kebimbangan state mengandungi komponen kognitif dan somatik. Kebimbangan kognitif seperti kekhuatiran mempunyai ciri-ciri tanggapan negatif dan imej kegagalan. Manakala kebimbangan somatik merujuk kepada simptom fizikal dan fisiologi seperti gementar dan berpeluh. Contohnya, apabila seseorang bercakap di depan khalayak ramai buat pertama kali, akan menunjukkan tanda keresahan seperti menggeletar dan berpeluh. Martens et al. (1990) menjelaskan kebimbangan state kompetitif ialah perasaan tertekan yang disebabkan persepsi individu terhadap situasi yang sedang dan akan dihadapi sebagai satu keadaan yang memberi ancaman. Kebiasaannya, tanda-tanda kebimbangan state ini akan diukur menerusi simptom-simptom somatik (fisiologi) dan kognitif (psikologi).


b.   Kebimbangan Trait (trait anxiety)

  Kebimbangan trait adalah lebih lama berbanding kebimbangan state. Individu yang mempunyai kebimbangan trait atau juga disebut sebagai A-trait person mengalami kebimbangan atau ketakutan terhadap sesuatu benda yang tidak spesifik. Individu jenis ini juga mungkin dihantui oleh kebimbangan akibat peristiwa-peristiwa lampau. Individu jenis A-Trait tahap tinggi mempunyai kebarangkalian mengalami kebimbangan state yang ekstrem. Kajian Weinberg dan Hunt (1976), dan Anshel et al. (1993) juga mendapati  bahawa kebimbangan memberi kesan penurunan kemahiran koordinasi otot di kalangan individu A-state.



Walau bagaimanapun, bukan seperti kebimbangan, proses kebangkitan tidak dilihat sebagai emosi yang kurang menyenangkan, kerana punca berlakunya kebangkitan tidak semestinya disebabkan sesuatu peristiwa yang negatif, tetapi boleh jadi positif. Kebangkitan dalam sukan biasanya dikaitkan dengan desakan (drive), penggiatan (activation), kesediaan (readiness) atau keterujaan (excitation). Keaktifan dalam pergerakan tubuh badan dan minda bagi mencapai tahap persembahan yang diperlukan oleh atlet hanya dapat dicapai jika atlet dapat menghasilkan tahap kesediaan atau kebangkitan fizikal dan psikologi yang diperlukan. Anshel (2003) telah mengkaji aspek emosi dalam kebangkitan termasuklah perasaan positif (kegembiraan dan kebahagiaan), dan perasaan negatif (ketakutan, malu dan tekanan). Kebangkitan perlu diawasi di kalangan atlet dan jurulatih kerana kebangkitan perlu dipastikan sentiasa berada pada tahap yang optimum bagi mengelakkan kejatuhan mutu dan kualiti persembahan. Selain itu, atlet juga perlu tahu teknik-teknik sebenar bagaimana untuk mengawal kebangkitan kerana apabila atlet mula merasai kebangkitan dalam persembahan, ianya tidak selalu berakhir dengan kejayaan.

Terdapat beberapa teori yang boleh menjelaskan hubung kait antara kebimbangan dan kebangkitan dengan persembahan dalam sukan seperti Teori Multidimensi Stres-Persembahan, Teori Desakan Hull (1943), Inverted-U Hypothesis, Teori Catstrophe, dan Teori Reversal.
Sumber : HBPE4203SMP - PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (SMP)OUM
Tag :

Jom Rehat Di Musim Cuti Ini

on 16 Dis 2011



Pasir Bogak

This is the most popular seaside resort of Pangkor. It has been described as the biggest swimming pool in the world. The water is shallow and crystal clear, offering endless hours of fun and frolic in the sunkissed sea along the vast coral reef. It is accessible by road from Pangkor Town. The 2 km crescent shaped beach offers a host of facilities such as sailing, fishing, snorkelling and wind surfing (available at Sea View and Beach Hotels) making Pasir Bogak Beach a more popular recreation spot for the local population.

Thronging the beach are open-air stalls offering local delicacies such as barbecued squid, satay and fish crisps. Accommodation is easily available, ranging from luxury hotels, chalets to the more spartan comforts of attap huts and camping sites.

Pulau Pangkor....
Adalah sebuah pulau yang paling menarik dan terindah di Malaysia dimana ia adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh semua pencinta alam semulajadi, kedamaian, penyelam dan mereka yang suka aktiviti snorkeling. Bukan sahaja menjadi satu pusat pelancongan dan percutian yang mempunyai pelbagai daya tarikan dan bahan sejarah, tetapi dengan menginap di Ceria Bogak Beach Camp akan dapat melengkapkan lagi percutian anda di Pulau Pangkor ini.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
Ceria Bogak Beach Camp
Jalan Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor, Perak.
MALAYSIA

Tel / Faks : 05-6855942
H/P : 017-5615153/010-3442898 (Rafaizah)-Pengurus
H/P : 017-5030350/010-3444311 (Abu)
Email : abu.jah@gmail.com

Website :
http://ceriabogakbeachcampangkor.blogspot.com
www.freewebs.com/ceriabogak

Tag :

Most Wonder-ful Galaxy Series

on 14 Dis 2011

Looking for mobility and connectivity on-the-go without burning holes in your pocket? 
Look no more, designed for the fast and furious, the Galaxy W serves with 1.4GHz processor and a spacious 3.7” touch screen. With this impressive gadget in your hand, you’ll be gaming, video-viewing and web-browsing at every corner! And hey, it’s built with mammoth memory of 4GB!

Now, do you want one?(CLICK HERE)
Tag :

Larian maraton rosakkan jantung


SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.
Harap Beri Komen Anda.
Tag : ,

Ereksi petunjuk kesihatan

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.
Tahap
“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.
Tag : ,

TEKNIK LARI BERGANTI-GANTI

on 13 Dis 2011


Acara ini memerlukan sekumpulan yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Ianya
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-
(a) 100 meter
(b) 200 meter
(c) 400 meter

Dalam acara ini beberapa teknik utama yang sering digunakan dapat membantu
anda dalam memantapkan kemahiran dalam acara ini berikut adalah beberapa
teknik penting yang perlu dikuasai oleh pelari:
(a) Teknik Penukaran Baton
Di dalam teknik penukaran baton terdapat dua cara yang digunakan iaitu:
(i) Gaya selang-seli tanpa pandang
- Gaya ini biasa diamalkan oleh pelari-pelari 4 x 100 meter. Dalam gaya ini pelari pertama dan ketiga diperlukan untuk membawa baton dengan menggunakan tangan kiri dan pelari seterusnya kedua dan keempat menerima baton dengan tangan kanan.
- Pelari tidak boleh menoleh ke belakang ketika larian.
- Apabila pembawa baton sampai di tandaan, pelari yang sedang menunggu akan mula berlari.
- Seterusnya pembawa baton akan memberi isyarat supaya pelari hadapan bertindak cepat menghulurkan tangan ke belakang dan bersedia menerima baton dari pembawa.
Tag :

LARIAN JARAK JAUH DAN JARAK SEDERHANA - Kemahiran Asas


LARIAN JARAK JAUH DAN JARAK SEDERHANA
Kemahiran Asas
Aktiviti Kemahiran
PERINCIAN TEKNIKAL
Struktur langkah yang jarak pertengahan dan jarak jauh adalah sama dengan langkah yang diambil oleh pelari pecut. Cuma terdapat perbezaan dari segi:
• Kedudukan tapak kaki semasa menyentuh permukaan berbeza dengan rentak larian yang dilakukan;
• Kaki bebas dihayun kehadapan sudut lutut yang terbuka (kaki yang di bahagian bawah hampir selari dengan permukaan);
• Ekstensi bahagian pinggul, kaki dan tapak kaki semasa berada di fasa dorongan boleh menjadi lengkap (jarak sederhana) ataupun tidak lengkap (jarak jauh);
• Angkatan lutut dikurangkan; dan
• Pergerakan lengan kurang, hampir tiada ekstensi bahagian bahu.


KEDUDUKAN TAPAK KAKI

OBJEKTIF
• Untuk mendapatkan aksi tapak sokongan yang paling efisien.
CIRI-CIRI TEKNIKAL
• Mulakan bahagian luar tumit bagi perlumbaan yang panjang dan perlahan rentaknya (1 - 3).
• Mulakan bahagian tengah kaki / bebola kaki bagi perlumbaan yang jarak larian lebih pendek dan rentak larian lebih laju (4).
• Tapak kaki dijungkitkan ke atas sehingga ke bahagian hujung kasut untuk berlepas (1 – 5).
1 2 3 4 5
VIT
OBJEKTIF
• Untuk mendapatkan aksi tapak sokongan yang paling efisien.
CIRI-CIRI TEKNIKAL
• Mulakan bahagian luar tumit bagi perlumbaan yang panjang dan perlahan rentaknya (1 - 3).
• Mulakan bahagian tengah kaki / bebola kaki bagi perlumbaan yang jarak larian lebih pendek dan rentak larian lebih laju (4).
• Tapak kaki dijungkitkan ke atas sehingga ke bahagian hujung kasut untuk berlepas (1 – 5).
i. Permulaan (Berdiri)



OBJEKTIF
• Memulakan larian dengan efektif semasa dalam kedudukan berdiri.
CIRI-CIRI TEKNIKAL
• Tapak kaki hadapan diletakkan di belakang garisan permulaan. Tapak kaki belakang diletakkan hampir seluas bahu ke belakang.
• Berat badan dipindahkan ke bahagian tapak kaki hadapan.
• Lengan dikedudukan yang akan dihayun serentak dengan bahagian kaki.
• Daya dorongan dilepaskan oleh tapak kaki hadapan. mula / tamat
Tag :

Label

Umum (103) Olahraga (75) Info Kesihatan (43) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) Bola Sepak (21) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) anatomy (19) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) PENYAKIT (16) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) info sukan (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Prinsip senaman (6) kriket (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) AFC (1) Aerobic (1) Bola Jaring (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE 2103 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pengurusan Sukan (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) quadrant jump (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)

Google+ Followers

Tetamu Istimewa Saya

Peluang Jana Pendapatan On9

Peluang Jana Pendapatan On9
Pendaftaran Percuma - Keahlian Seumur Hidup
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO