Menurut Cox (2007), atribusi adalah satu pendekatan motivasi berbentuk kognitif. Pengasas teori ini iaitu Heider (1944) menjelaskan bahawa manusia berkeinginan untuk menjelaskan tentang apa yang berlaku berdasarkan kepada persepsi mereka perkara tersebut. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu boleh dijelaskan menerusi sebab dan musabab (causal attribution) dan kecenderungan faktor trait (dispositional attribution). Sebagai contoh, pemain bola sepak yang berjaya dalam perlawanan bola sepak menyatakan sebab musabab kejayaan mereka adalah kerana semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh ahli pasukan (causal attribution). Manakala seseorang atlet yang lain selalu memenangi pertandingan disebabkan beliau mempunyai ciri-ciri atlet overachiever (dispositional attribution).
Setiap atribut yang dilahirkan oleh individu akan mempengaruhi perasaan, tingkah laku, keyakinan serta motivasi terhadap tindakan susulan pada masa hadapan kerana individu sentiasa membuat persepsi terhadap kesan dan akibat bagi sesuatu tindakan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, atribusi terdedah dengan masalah bias. Bias dalam atribusi terbahagi kepada empat jenis iaitu:
{ 0 comments... read them below or add one }
Catat Ulasan