PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.
MATLAMAT
MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.
UJIAN-UJIAN SEGAK
1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3. RINGKUK TUBI SEPARA
4. JANGKAUAN MELUNJUR
UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN 1 - NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PROSEDUR
- Murid memakai kasut sukan yang sesuai
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas bangku.
- Penguji akan memberi isyarat “mula”
- Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome - 96 detik/minit selama 3 minit
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan#
UJIAN 2 - TEKAN TUBI
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A
UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU
PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A
UJIAN 3 - RINGKUK TUBI SEPARA
(1 MINIT)
TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PROSEDUR
- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90 darjah dan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik/minit selama 1 minit
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat
UJIAN 4 - JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI
PROSEDUR
- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.











{ 1 comments... read them below or add one }
soalan exam tadi la encik.....
25 Mei 2011 5:29 PTG
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.