Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Memuatkan ...

SISTEM OTOT

on 1 Mac 2011

Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untuk membolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang.
Jenis-jenis Otot
Otot terbahagi kepada tiga jenis:

  1. Otot Jantung
    Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung. Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal).  Ia tidak boleh dikawal secara sedar.

    Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabang-cabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang.
  2. Otot Licin
    Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari. Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di tengahnya. Ukuran serat ini  di antara 30–200 μm panjang dan bahagian yang terlebar berukuran antara 5–10 μm.

    Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah:
    1. Tisu Otot Visera (Unit tunggal)
      Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi.
    2. Tisu Otot Licin (Berbilang unit)
      Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekat pada folikel rambut dan iris mata.
Rajah : Tisu otot licin
Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

  1. Otot Rangka
    Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan rangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang merentasinya.

    Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih sendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Namun, bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan emosi. Otot-otot ini lebih dikenali sebagai otot-otot ekspresi muka.

    Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung melekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Ia terdapat di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus.  Konstriktor adalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas esofagus.
Rajah : Keratan melintang otot rangka
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)


Struktur dan Fungsi Otot Rangka

  1. Struktur Internal Otot Rangka
    Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50-100 μm lebar dan panjang sehingga mencapai 10 cm. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagian periferinya.

    Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot. Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersama-sama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus pula, ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium. Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan massa otot dan dikelilingi oleh epimisium.

    Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat otot rangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih.
  2. Fungsi Otot Rangka
    Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti:
    1. Gerakan
      Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti berjalan, berlari, fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung, gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi otot pernafasan.
    2. Penetapan postur
      Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan otot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksud kontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Sementara itu dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula, pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa latihan terbuang.
    3. Penghasilan haba
      Untuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga. Jadi apabila berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan. Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksi otot.

Lokasi dan Tindakan Otot Utama

  1. Lokasi
    tot kebanyakannya melekat secara langsung atau melalui tendon atau aponeurosis kepada tulang, rawan, ligamen atau fasia. Terdapat otot yang yang melekat pada organ dan ada juga yang melekat pada kulit. Otot yang berkontraksi akan menjadi pendek, tetapi salah satu tempat perlekatannya biasanya kekal, tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja.

    Istilah punca (pelekatan proksimal) otot diberikan kepada bahagian yang tidak bergerak atau bergerak sedikit. Manakala istilah penyelitan (pelekatan distal) pula diberikan kepada bahagian yang yang bergerak atau bergerak lebih. Contoh, satu hujung otot bisep braki yang terletak di hadapan lengan atas melekat pada skapula dan hujungnya yang satu lagi melekat pada radius di lengan bawah. Apabila fleksi dilakukan oleh sendi siku untuk mengangkat barang, bisep braki berkontraksi. Hujung otot yang melekat pada skapula tetap dan tidak bergerak, tetapi hujung yang melekat pada radius menarik lengan bawah dan bergerak. Sebaliknya, jika kita memegang batang besi tetap yang terletak di atas kita dan menaikkan tubuh ke atas, hujung otot yang melekat pada radius akan tetap, tetapi hujung yang melekat pada skapula menarik tubuh ke atas dan bergerak.
    Oleh yang demikian, istilah punca dan penyelitan amat mengelirukan. Istilah baru diperkenalkan untuk mengelakkan kekeliruan. Istilah tersebut adalah perlekatan proksimal dan perlekatan distal. Hujung otot yang terletak berhampiran dengan tubuh badan dirujuk sebagai perlekatan proksimal. Manakala hujung otot yang terletak jauh dari tubuh badan atau hujung yang melekat pada organ dirujuk sebagai perlekatan distal.
    1. Tindakan Otot Utama
      Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover), antagonis, penetap (fixator) dan sinergistik.
    2. Penggerak Utama
      Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakan tertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku.
    3. Antagonis
      Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan penggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila sendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan refleks saraf.

    1. Penetap
      Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan meningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan perlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkan tindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdel pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu.
    2. Sinergistik
      Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang sebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendi pergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor panjang bertindak dengan cekap pada sendi-sendi jari tangan.
Otot-otot boleh menjadi sama ada penggerak utama, antagonis, penetap atau sinergistik. Semua tindakan ini adalah bergantung kepada gerakan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu.
Sumber: http://lms.oum.edu.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Label

Umum (106) Olahraga (83) Info Kesihatan (43) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) Bola Sepak (22) anatomy (22) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) HBHE 2103 (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) HBPE3303 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) AFC (1) Aerobic (1) Bola Jaring (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE1203 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KBAT (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)

Google+ Followers

Tetamu Istimewa Saya

spshops.com

spshops.com
Jom Sertai Kami.

Peluang Jana Pendapatan On9

Peluang Jana Pendapatan On9
Pendaftaran Percuma - Keahlian Seumur Hidup
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO