Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Memuatkan ...

SENDI

on 1 Mac 2011


Konsep dan Definisi Sendi

Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang begitu keras dan tidak boleh membengkok. Namun begitu, tulang adalah berasingan di antara satu sama lain dan terikat di antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yang mudah lentur (fleksibel). Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang.
Fungsi sendi adalah bergantung kepada strukturnya. Semakin rapat hubungan  pada titik pertemuan, semakin kuat sendi tersebut. Namun pergerakannya agak terbatas.  Sebaliknya pula, jika longgar hubungan pada titik pertemuan, maka semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan.  Kelemahan bagi sendi yang longgar hubungan pada titik pertemuan adalah ia mudah terkehel atau mengalami dislokasi. Pergerakan sendi juga amat dipengaruhi oleh kelenturan tisu perantara yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.
Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

Jenis-jenis Sendi dan Strukturnya

Terdapat tiga jenis sendi yang utama iaitu:

  1. Sendi Berfiber (Sinartrosis)
    Sendi ini mempunyai tisu berfiber yang menghubungkan permukaan artikular tulang. Tulang-tulang pada sendi ini terikat rapat antara satu sama lain dan ianya tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Oleh kerana tulang terikat amat rapat di antara satu sama lain, maka pergerakan pada sendi ini amat sedikit atau tiada sama sekali.

    Sendi berfiber ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
    1. Sendi Sutur
      • Menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisan nipis tisu berfiber.
      • Amat ketat dan tiada pergerakan pada sendi sutur.
      • Sendi ini bercantum dan menjadi tulang apabila dewasa.
      • Contoh, perhubungan antara tulang leper pada tengkorak.


Rajah : Sendi sutur
(A= rajah skema sendi sutur: tulang-tulang dihubungi oleh lapisan nipis tisu berserat.
B = pandangan superior tengkorak yang menunjukkan sendi sutur
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)


  1. Sendi Sindesmosis
    • Menghubungkan permukaan artikular tulang dengan tisu berfiber yang agak banyak.
    • Boleh digerakkan dan tidak menjadi tulang apabila dewasa.
    • Contoh, sendi antara hujung bawah tibia dan fibula.


Rajah : Sendi sindesmosis
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

  1. Sendi Rawan
    Sendi rawan adalah di mana tisu rawan menjadi penghubung sendi bagi permukaan artikular tulang. Sendi ini juga mempunyai pergerakan yang sedikit atau tiada sama sekali.

    Sendi rawan terbahagi kepada dua:
    1. Sendi Rawan Primer (Sinkondrosis)
      • Juga dikenali sebagai sendi rawan hialin kerana tulang dihubungkan melalui rawan hialin.
      • Sendi ini tidak bergerak dan menjadi tulang apabila dewasa.
      • Contoh, plat episifis pada tulang yang baru tumbuh.
Rajah : Sendi rawan primer
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

  1. Sendi Rawan Sekunder (Simfisis)
    • Permukaan artikular tulang diselaputi rawan hialan di mana rawan hialin dihubungkan dengan tisu berfiber.
    • Dikenali juga sebagai sendi rawan berfiber.
    • Sendi ini boleh bergerak kerana tisu berfiber yang mencantumkan tulang-tulang di dalam sendi ini agak tebal.
    • Contoh, sendi di antara badan vertebra.
Rajah : Sendi rawan sekunder (simfisis)
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)



  1. Sendi Sinovial
    Sendi sinovial adalah sendi yang paling banyak berfungsi pada tubuh badan. Sendi ini membolehkan pergerakan bebas berlaku antara tulang-tulang yang terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis sendi sinovial dan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Ciri-ciri tersebut adalah:
    1. Rawan Artikular Atau Hialin
      Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin. Ini membolehkan sendi dan tulang ini menampung berat tubuh seseorang.
    2. Ligamen Kapsul
      Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung tisu berfiber yang berfungsi memegang tulang. Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar, maka pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia juga berfungsi melindungi sendi daripada mengalami kecederaan. Ligamen kapsul ini biasanya melekat di sepanjang batas permukaan artikular.
    3. Kaviti Sendi
      Terletak di antara permukaan artikular tulang, khususnya  di dalam kapsul.
    4. Membran Sinovial
      Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupi permukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendi yang tidak diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial dirembeskan oleh sendi sinovial. Tujuannya untuk membolehkan sendi sentiasa basah dan membekalkan nutrien kepada rawan artikular. Setiap sendi mempunyai kandungan bendalir sinovial yang berbeza. Tujuan utama bendalir sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan sendi.
    Terdapat enam jenis sendi sinovial:
    1. Sendi Satah/Sendi Melongsor
      • Tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan datar tulang saling melongsor di antara satu sama lain.
      • Tidak boleh melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi atau putaran.
      • Contoh, sendi karpus dan tarsus.
    2. Sendi Engsel
      • Mempunyai hanya satu paksi transvers.
      • Pergerakan terbatas kepada satu satah sahaja. Pergerakan ini menyerupai pergerakan pada engsel pintu iaitu tutup (fleksi) dan buka (ekstensi).
      • Contoh, sendi siku.
    3. Sendi Pangsi/Sendi Putar
      • Mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putaran tulang.
      • Contoh, putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal.
    4. Sendi Elipsoid
      • Mempunyai dua paksi, iaitu paksi transvers dan paksi yang merentasi sendi sepanjang anterioposterior.
      • Sendi ini boleh bergerak dalam dua arah iaitu ke belakang dan ke depan, fleksi dan ekstensi pada paksi transvers dan aduksi dan abduksi pada paksi anteriorposterior.
      • Contoh, pergelangan tangan.
    5. Sendi Pelana
      • Permukaan artikular kedua-dua tulang berbentuk pelana.
      • Permukaan satu tulang berbentuk cembung dan satu lagi berbentuk cekung.
      • Merupakan sendi elipsoid yang terubah suai dan boleh bergerak dengan lebih bebas.
      • Contoh, metakarpus ibu jari.
    6. Sendi Lesung/Sendi Soket
      • Permukaan artikular tulang berbentuk bulat dan boleh dimasukkan ke dalam soket tulang lain yang berbentuk seperti cawan.
      • Sendi ini boleh bergerak dalam tiga satah: pergerakan fleksi dan ekstensi; abduksi dan aduksi; dan putaran dan sirkumduksi.
      • Contoh, sendi bahu.
Rajah : Jenis-jenis sendi sinovial
Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Label

Umum (106) Olahraga (83) Info Kesihatan (43) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) Bola Sepak (22) anatomy (22) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) HBPE3303 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) AFC (1) Aerobic (1) Bola Jaring (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE 2103 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)

Google+ Followers

Tetamu Istimewa Saya

Peluang Jana Pendapatan On9

Peluang Jana Pendapatan On9
Pendaftaran Percuma - Keahlian Seumur Hidup
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO