Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Memuatkan ...

PERGERAKAN KREATIF

on 29 Nov 2010

PENGENALAN

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik   dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan.
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.
Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:
·    Tubuh badan
·    Ruang
·    Masa dan
·    Daya 
 TUJUAN
Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan utama  pergerakan   kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.
NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF
Dalam pergerakan kreatif,  banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan   agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan, ialah:
·    Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan
·    Keseronokan dan kepuasan
·    Kesyukuran
·    Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi
·    Menghormati orang lain
·    Menyedari keperluan orang lain
·    Semangat cintakan keindahan alam sekitar
·    Bekerjasama
·    Baik hati
·    Berhemah tinggi
·    Kasih saying
·    Kebebasan
·    Kejujuran
·    Rasional
·    Bekerjasama
·    Berdikari
·    Keadilan
·    Keberanian
·    Kebersihan fizikal dan mental
·    Kerajinan
·    Kesederhanaan
·    Semangat bermasyarakat
 FAEDAH PERGERAKAN KREATIF
Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:
·    Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.
·    Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.
·    Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.
·    Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif.
·    Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.
·    Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi.
·    Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.
·    Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.
·    Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari.
·    Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.
·    Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.
·    Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.
·    Peningkatan kemahiran pergerakan.
·    Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.
·    Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.
·    Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.
·    Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.
·    Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.
TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF
1.     Kesedaran Tubuh Badan
Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
a.     Keseluruhan Tubuh Badan
Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik.
b.     Bahagian Tubuh Badan
Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah  dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti  kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.
2.     Kesedaran  Rintangan  kepada Beban dan Masa
Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.
a.     Beban
Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.
b.     Masa
Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.
3.     Kesedaran Ruang
Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan.
a.     Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah.
b.     Arah
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta.
4.     Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa
Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa
a.     Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam melakukan gerakan.
Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu
§  Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan.
§  Aliran terikat
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang
b.     Ruang
Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang di gunakan secara tidak langsung di gunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.

§  Penyesuaian terhadap Rakan
Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang  berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:
§  Aktiviti 1
§  Kerja Berpasangan
Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di pertontonkan secara unik
§  Arahan Tugasan
Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai ritma.

§  Contoh Aktiviti
§  Kerja Berkumpulan
Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut:
·         Ketua dengan pengikut.
·         Kumpulan bekerjasama
·         Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.
5.     Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat
Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.
a.     Lompatan Asas
Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesan yang berbeza.
b.     Bentuk Tubuh Badan
Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).
c.     Gaya Isyarat
Lakuan  gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh kedua belah kaki. Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.
6.     Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan
Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif  ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:
·         Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.
·         Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan.
·         Peralihan antara dua pergerakan.
·         Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan
Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak. Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain seperti tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan
Orientasi Ruang
Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran. Dalam membincangkan tema orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan.

PENAIKAN DARI LANTAI
Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:
§  Penaikan dari lantai
§  Lepas dari lantai ke ruang udara
§  Membina pelbagai bentuk di ruang
§  Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang
Kesedaran Kumpulan
Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan.
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Label

Umum (106) Olahraga (83) Info Kesihatan (43) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) Bola Sepak (22) anatomy (22) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) HBHE 2103 (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) HBPE3303 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) AFC (1) Aerobic (1) Bola Jaring (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE1203 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KBAT (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)

Google+ Followers

Tetamu Istimewa Saya

spshops.com

spshops.com
Jom Sertai Kami.

Peluang Jana Pendapatan On9

Peluang Jana Pendapatan On9
Pendaftaran Percuma - Keahlian Seumur Hidup
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO