Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Isu Utama

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025 KEMAJUAN DAN KEJAYAAN Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepa...

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Ahli-ahli Jawatan Kuasa

on 28 Okt 2010

Adalah lebih baik sekiranya pihak jawatan kuasa induk menyediakan senarai tugas untuk menjadi rujukan kepada setiap ahli jawatan kuasa. Senarai tugas ini perlu di cetak dan di edarkan kepada semua jawatan kuasa supaya pegawai yang terlibat dapat memahami dan tugas yang di pertanggungjawabkan kepada mereka. Contoh bidang tugas tersebut di senaraikan di bawah:

1. Pengarah
 Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan
aktiviti.

  1.  Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.
  2.  Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
  3.  Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
  4.  Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan olahraga.

2. Timbalan Pengarah

  1.  Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
  2.  Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

3. Pengerusi Projek

  1.  Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan perlaksanaan kejohanan.
  2. Mengadakan taklimat kepada pegawai atau pihak pengurusan tentang aktiviti.
  3.  Bertanggungjawab menyusun jadual acara kejohanan.
  4.  Menentukan peraturan am dan undang-undang kejohanan.
  5.  Mempengerusikan jawatan kuasa teknik.

4. Setiausaha

  1. Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
  2. Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
  3.  Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program.
  4.  Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
  5. Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat.
  6. Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
  7. Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
  8. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.
  9. Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.
  10. Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

5. Timbalan Setiausaha

  1. Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
  2.  Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya.

6. Bendahari

  1.  Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
  2. Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan.
  3. Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan.
  4. Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
  5. Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.
  6. Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
  7. Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan kejohanan.
  8. Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau keduaduanya sekali.


7. Urus Setia

  1. Merupakan tempat rujukan jawatan kuasa kecil sekiranya terdapat kekeliruan.
  2. Memastikan kejohanan olah raga untuk memantau perjalanan kejohanan.
  3. Urus setia di pengerusi oleh setiausaha jawatan kuasa induk.
  4. Setiap pengerusi ahli Jawatan kuasa menjadi ahli urus setia.


8. Jawatan kuasa Kewangan

  1. Menerima anggaran perbelanjaan dari jawatan kuasa kecil lain untuk dimajukan kepada jawatan kuasa pusat.
  2.  Segala permohonan perbelanjaan perlu diluluskan oleh jawatan kuasa pusat terlebih dahulu.
  3.  Membuat pesanan barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan.
  4. Menyediakan surat tawaran (lo) dan baucar bagi urusan pentadbiran dan pengurusan kejohanan.
  5.  Bertanggungjawab dengan menyimpan bil-bil yang terlibat dan kunci kira-kira dalam kejohanan olahraga.
  6. Mengawal dan menyelia segala perbelanjaan perjalanan kejohanan olahraga.


9. Jawatan kuasa Teknikal Alatan

  1. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  2. Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan
  3. memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.
  4. Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang.
  5.  Menempah tempat pertandingan.
  6. Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program.
  7. Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.
  8. Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan.
  9.  Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada ahli Jawatan kuasa kewangan.
  10. Membantu dan menyediakan senarai nama pembantu untuk:

– Jawatan kuasa Peralatan
– Jawatan kuasa Kemudahan
– Jawatan kuasa Pertandingan

10. Jawatan kuasa Teknik Pertandingan

  1. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  2.  Memastikan keadaan padang dalam bentuk yang sempurna lengkap dan sedia untuk digunakan.
  3. Memberi taklimat kepada para pembantu pertandingan, peralatan dan kemudahan.
  4. Mengedar serta mendapat borang penyertaan dari pasukan-pasukan yang bertanding.
  5. Mengadakan undian bagi lorong atau acara yang bertanding.
  6. Meneliti syarat penyertaan serta memberi pengesahan penyertaan bagi pasukan-pasukan yang bertanding.
  7. Memastikan gelanggang yang di bina mengikut ukuran yang betul.
  8. Memastikan alatan yang di gunakan mengikut spesifikasi.
  9. Menyimpan dan merekodkan keputusan pertandingan.


11. Jawatan kuasa Teknik Kepegawaian

  1. Mendapat dan menyusun senarai pegawai, petugas, pembantu, ahli jawatan kuasa dan peserta.
  2. Mendapat pengesahan penyertaan para pengadil, pegawai, referi yang berkenaan.
  3. Memastikan pegawai diberi kemudahan seperti minuman dan makanan.
  4. Bertanggung jawab dengan jawatan kuasa lain dalam merancang atau menetapkan masa bagi pertandingan.

12. Jawatan kuasa Buku Program

  1.  Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  2.  Mereka bentuk kulit luar buku program.
  3.  Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu di masukkan atau di muatkan dalam buku program daripada ahli jawatan kuasa kecil lain.
  4. Mencadangkan harga-harga iklan serta bekerjasama dengan jawatan kuasa promosi untuk mendapat iklan-iklan untuk di muatkan di dalam buku program.
  5. Mendapatkan senarai nama ahli jawatan kuasa serta para pegawai daripada ahli jawatan kuasa yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku program.
  6. Mendapatkan atur cara majlis dari jawatan kuasa atur cara yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku program.
  7.  Mendapat jadual acara daripada jawatan kuasa teknikal yang terlibat yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku program.
  8. Mendapatkan kata-kata aluan VIP rujuk kepada jawatan kuasa protokol untuk di muatkan dalam buku program.
  9. Menyusun buku program untuk dihantar untuk dicetak dan memastikan buku siap dicetak tepat pada masanya.
  10.  Menyediakan dan mengedarkan buku program sebelum dan semasa kejohanan.
  11.  Menyediakan dan menghantar laporan kewangan kepada jawatan kuasa kewangan.


13. Jawatan kuasa Atur Cara

  1. Bekerjasama dengan jawatan kuasa protokol bagi menyediakan atur cara pembukaan dengan menentukan: Protokol,Masa,Tempat duduk,Cara masuk para peserta perbarisan, Muzik atau perbarisan,Persembahan
  2. Bekerjasama dengan jawatan kuasa teknikal dalam menyusun jadual pertandingan atau atur cara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung.
  3. Bekerjasama dengan jawatan kuasa teknikal dalam menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah.
  4. Menguruskan keseluruhan perlaksanaan atur cara kejohanan serta bekerjasama dengan jawatan kuasa buku program dan mengedarkan kepada semua yang hadir.


14. Jawatan kuasa Protokol

  1. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  2. Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau penutup.
  3. Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.
  4.  Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.
  5.  Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi upacara pembukaan dan upacara penutup.
  6. Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis perasmian atau penutup
  7.  Menyediakan naskhah bacaan ikrar kejohanan.
  8. Melantik dan melatih pembaca ikrar kejohanan.
  9. Menyediakan teks bacaan doa.
  10.  Melantik dan melatih pembaca doa.
  11.  Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain.
  12. Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara pembukaan atau penutup kejohanan seperti

– Tiang bendera
– Bendera pasukan
– Papan tanda pasukan
13. Menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan penutup.
14. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di hantar dan dipertimbangkan kepada Jawatan kuasa kewangan.

15. Jawatan kuasa Jemputan

  1. Merangka surat atau kad jemputan ke kejohanan olahraga serta menghantar untuk dicetak.
  2. Menulis dan menghantar kad jemputan kepada tetamu kehormat dan jemputan khas.
  3. Menjemput dan mendapatkan senarai tetamu kehormat dan jemputan khas yang sepatutnya hadir pada hari penyampaian hadiah.
  4.  Mengedarkan senarai nama jemputan khas kepada jawatan kuasa hadiah, buku program dan sambutan.
  5. Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan.


16. Jawatan kuasa Sambutan

  1. Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam astaka.
  2. Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan jemputan.
  3.  Menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat, jemputan khas dan segala persiapan untuk keperluan sambutan.
  4.  Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya.


17. Jawatan kuasa Perbarisan

  1. Menyediakan peserta untuk perbarisan.
  2. Menyediakan dan memantau pasukan seragam yang menyertai perbarisan di acara pembukaan kejohanan.
  3. Melantik dan melatih pembawa bendera dan papan tanda bagi setiap pasukan yang bertanding.
  4. Menentukan tempat untuk permulaan perarakan perbarisan.
  5.  Menentukan jumlah peserta perbarisan untuk setiap pasukan.

18. Jawatan kuasa Pengacaraan

  1. Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi setiap acara pembukaan, penutup dan sepanjang kejohanan.
  2. Melatih dan menyediakan teks pengacara majlis.
  3. Mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari jawatan kuasa hadiah untuk kemudahan pengacara majlis mengumumkan pemenang.
  4. Membuat pengumuman yang berkaitan.


19. Jawatan kuasa Promosi/Publisiti

  1. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  2. Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta.
  3. Menghebahkan serta mempromosikan butiran berkaitan dengan

kejohanan olahraga melalui:
– Poster-poster
– Kain rentang
– Iklan-iklan
– Media cetak dan media elektronik
4. Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan mengenai sesuatu kejohanan.
5. Menyediakan maklumat mengenai kejohanan secara ringkas untuk promosi, maklumat perlu terdiri daripada:
– Jadual Pertandingan
– Atur cara kejohanan
– Peta tempat berlangsung
6. Menjemput wartawan untuk membuat liputan.
7. Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan.

20. Jawatan kuasa Hiasan Astaka

  1. Merangka pelan tempat duduk di astaka untuk jemputan khas, pegawai peserta dan jemputan.
  2. Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alatan yang diperlukan seperti kerusi, bunga dan lain-lain.
  3. Menyusun dan menghiasi astaka.
  4. Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan.

21. Jawatan kuasa Khemah Peserta

  1. Merangka pelan-pelan kedudukan khemah.
  2.  Menempah atau menghubungi pihak berkenaan untuk mendapat alatan seperti kerusi-kerusi dan peralatan yang berkaitan.
  3.  Menyusun dan memastikan keceriaan khemah.
  4.  Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan.

22. Jawatan kuasa Audio dan Visual

  1. Memastikan peralatan audio dan visual berkeadaan baik dan sentiasa boleh digunakan di sepanjang kejohanan.
  2. Menyediakan peralatan audio dan visual sepanjang kejohanan terutama ketika perasmian dan penutup.
  3. Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan.


23. Jawatan kuasa Persiapan/Keceriaan

  1. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
  2. Memastikan perjalanan program lancar.
  3. Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alat yang di perlukan.
  4.  Bekerjasama dengan jawatan kuasa kebersihan bagi memastikan tapak program sentiasa bersih serta selesa.
  5. Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian dengan sesuatu projek atau aktiviti.
  6. Melantik para petugas untuk menjaga keceriaan.
  7. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di majukan kepada jawatan kuasa kewangan.

24. Jawatan kuasa Kebersihan

  1. Memastikan keadaan padang yang akan digunakan dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan sesudah kejohanan.
  2. Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alat yang di perlukan.
  3. Menghubungi pihak berkenaan untuk perkhidmatan memungut sampah.
  4. Melantik para petugas untuk menjaga kebersihan padang sebelum, semasa dan selepas kejohanan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Label

Umum (117) Olahraga (88) Info Kesihatan (47) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) anatomy (26) Bola Sepak (25) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) Hoki (20) senaman (20) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) HBPE3303 (8) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Olimpik Rio 2016 (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) HBHE 2103 (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Kecergasan (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Khairul Idham PAWI (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) 100meter (1) AFC (1) Aerobic (1) Anita Yusof (1) Bola Jaring (1) Brazil (1) Coaching Soccer (1) Euro 2016 (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) GP San Marino (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE1203 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hafizh Syahrin Abdullah (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KBAT (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mohd Faiz Subri (1) Moto3™ World Championship (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Pandelela Rinong (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) aerobic (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) raja pecut (1) sukma (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO