Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Memuatkan ...

MEDIUM/ OBJEK MEDITASI

on 31 Jul 2010


MEDIUM/ OBJEK MEDITASI


            Alat mental merupakan medium yang digunakan dalam meditasi seperti meditasi transcendental. Transcedental adalah mantera iaitu bunyi yang disebut berulang-ulang. Ia berfungsi sebagai alat rujukan bagi membolehkan individu menumpukan perhatian (konsentrasi) dan menutup minda dari berfikir tentang perkara-perkara lain. Pernafasan juga boleh digunakan sebagai alat mental dengan memberikan tumpuan kepada proses menarik dan menghembus nafas secara sedar.
            Melalui objek meditasi, ianya boleh dilihat melalui dua cara iaitu meditasi untuk mencapai ketenangan dan meditasi untuk mencapai pandangan terang. Meditasi untuk mencapai ketenangan merupakan suatu usaha melatih pemikiran agar dapat menghasilkan ketenangan melalui pemusatan fikiran (penumpuan). Pemusatan fikiran merujuk kepada suatu keadaan bagi bentuk-bentuk batin (dalaman) terkumpul dan terpusat yang akan dikendalikan oleh kehendak atau kemampuan untuk menumpukan pada suatu titik/ objek (matlamat)
Jadi, pemusatan fikiran dikonsentrasikan atau dikumpulkan pada sesuatu objek di mana pemikiran itu tidak berselerak. Umumnya, ia disebarkan ke serata ruang (dalam diri individu), tetapi dimulakan dengan pemusatan pada sesuatu objek bagi mengetahui sifat atau matlamat sebenarnya. Pemusatan fikiran berlaku secara berperingkat-peringkat bagi memudahkan pengendaliannya. Tujuan mengembangkan pusatan fikiran :
Ø  Anda akan mendapat ketenangan dan keseimbangan batin.
Ø  Dapat menghindari perasaan mengelamun atau berkhayal yang akhirnya menyebabkan aktiviti dijalankan secara sia-sia.
Ketenangan fikiran bukanlah matlamat akhir meditasi tetapi hanyalah suatu keadaan yang diperlukan untuk mengembangkan pandangan terang. Dengan kata lain,
ketenangan fikiran mutlak diperlukan apabila anda ingin mendapatkan ‘pengertian benar’ mengenai diri sendiri dan persekitaran bagi menyelesaikan semua proses dan persoalannya.

Meditasi ketenangan melatih pemikiran untuk meningkatkan konsentrasi yang mana ia disebut sebagai ‘Jhana’ bagi mengembangkan kekuatan batin. Bagi mengembangkan konsentrasi, kita perlu berusaha untuk mendapatkan objek yang sesuai bagi membantu memperoleh ketenangan dan konsentrasi secara cepat.

Terdapat 40 objek meditasi dan anda memilih salah satu diantaranya yang sesuai dengan sifat peribadi anda. Sebagai panduan untuk semua (sekiranya tiada guru), di sini diberikan beberapa petunjuk bagi memilih salah satu daripada objek itu :-

Ø    Objek harus neutral
Sekiranya objek menimbulkan perasaan negatif yang kuat seperti nafsu, benci, sedih, keraguan dan sebagainya, maka objek tersebut tidak dapat menenangkan fikiran sebaliknya hanya akan mengganggu proses meditasi sahaja.
Ø          Objek kadangkala terdapat dalam diri sendiri
Misalnya pernafasan, perasaan, kasih sayang, belas kasihan dan sebagainya atau objek luar daripada diri misalnya bunga, tanah, api, warna dan lain-lain.

Ø    Objek harus mudah dan dapat diterima oleh pemikiran
Sekiranya fikiran anda tidak bersesuaian dengan objek itu, konsentrasi akan menjadi lemah.

Ø    Objek mestilah sesuai dan biasa digunakan
Jika memilih sesuatu objek meditasi, maka hendaklah memegang objek tersebut dengan erat di dalam fikiran seperti ‘mengikat seekor kuda pada sebuah tonggak’. Kunci latihan konsentrasi ialah mengikat fikiran dengan sesuatu objek. Dengan memusatkan fikiran pada objek tersebut, sedikit demi sedikit fikiran akan menjadi terpisah dan terlepas dari semua aktiviti sehari-harian dan akhirnya fikiran menjadi tenang.
Tag : ,

Terima Kasih

on 30 Jul 2010

Assalammualaikum, apa khabar semua yang telah menyokong dan tanpa jemu-jemu melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Alahamdulillah, sungguh tak saya sangka blog yang saya mulakan kira-kira 2 tahun dahulu telah hampir mencecah 20 ribu pengunjung. Tanpa sokongan anda semua ini tidak ada tercapai. Bermula dari kosong dalam dunia blog ini, kini saya bersyukur kerana ini membuktikan bahawa blogger Malaysia amat hebat kerana sedia membantu blogger-blogger baru seperti saya. Terima kasih semua kerana telah membimbing saya sehingga terhasilnya blog saya ini(terlalu ramai kalau nak disebut di sini, antaranya Hijau Lestari,Cikgupj,smartzul,Rohaizad dan ramai lagi). Apa yang saya harapkan ini akan menjadi cabaran kepada generasi muda untuk melibatkan diri dengan dunia blog ini derngan bahan yang boleh memberikan manfaat kepada bangsa dan negara. Jika orang veterann pun boleh, anda pun boleh.

Terima Kasih Semua.
zaireey.
Teruskan menyokong dengan menjadi pengikut blog ini.
Plz give ur comment
Tag :

meditasi

on 29 Jul 2010

Meditasi ialah satu teknik mental atau kognitif untuk relaksasi dengan menggunakan pendekatan “ mind to muscle “ Linda Benson & Jess Feist, (2000), Health Psychology, And Introduction to Behavior and Health, Four Edition, 211. Meditasi telah diperkenalkan lebih empat ribu tahun yang lampau. Ia sering dikaitkan dengan amalan keagamaan masyarakat Timur . Maharishi Mahesh Yogi dari India dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan meditasi kepada masyarakat Barat. Ia dikenali sebagai meditasi transcendental.
Selain daripada itu, terdapat juga jenis-jenis meditasi yang lain seperti meditasi Chakra Yoga, Sufism, Zen dan Soto Zen. Bagi Zen objektif meditasi ialah untuk mencari ketenangan jiwa dan mengalami keaslian diri sendiri. Mereka akan menumpukan perhatian kepada kekosongan iaitu menolak keluar segala rangsangan yang menembusi jiwa mereka untuk mencapai apa yang dinamakan sebagai kesucian jiwa. Walau bagaimanapun, teknik yang mereka gunakan adalah sukar diamalkan dan untuk mahir mengendalikan cara ini, kerana seseorang itu harus mengamalkan dalam konteks kehidupan seseorang sami Zen. (Shapiro 1980).

Alat mental yang sering digunakan dalam meditasi transcendental adalah mantra iaitu bunyi yang disebut berulang-ulang. Ia berfungsi sebagai alat rujukan bagi membolehkan individu menumpukan perhatian (konsentrasi) dan menutup minda dari berfikir tentang perkara-perkara lain.

Benson, seorang ahli psikologi dari Sekolah Perubatan Harvard mencadangkan satu perkataan digunakan secara berulang-ulang misalnya perkataan ‘one” dan “om”. Dengan menggunakan mantra, anda akan menghasilkan rangsangan untuk dihantar ke saraf tunjang dan otak.

Pernafasan juga digunakan sebagai alat mental dengan memberikan tumpuan kepada proses menarik dan menghembus nafas secara sedar. Pernafasan perlahan ialah daripada 40 atau 15 minit kepada 10 atau 7 minit dan dilakukan tidak kurang daripada 20 minit dalam 2 kali sehari.Semasa bermeditasi, subjek memerlukan 17% oksigen dan sedikit karbon dioksida.

Meditasi lazimnya dilakukan dalam keadaan bersila dengan kedua-kedua tapak kaki bertemu dalam pangkuan. Beberapa posisi yang lain juga boleh digunakan asalkan individu berkenaan berasa selesa dengan kedudukannya itu dengan menutup mata.

Sebelum memulakan meditasi, individu berkenaan perlu mengosongkan fikirannya serta menarik nafas yang panjang iaitu pernafasan dalam sambil menumpukan sepenuh perhatian kapada alat mental yang dipilih secara senyap. Bila anda sudah belajar kemahiran meditasi, anda boleh bermeditasi di mana-mana sahaja. Semasa bermeditasi, ingatkan diri anda bahawa anda tidak memaksa menumpukan perhatian kepada mantra tetapi biarkan ianya berlaku. Dalam keadaan pasif, anda akan melalui mantra dan biarkan ianya mengawal diri anda. Lama-kelamaan, tumpuan kepada alat mental tadi beransur-ansur hilang, digantikan dengan tumpuan kepada satu pemikiran atau punca yang melahirkan ketenangan serta respon relaksasi yang diingini.

Kesimpulannya, meditasi menghasilkan tindak balas somatik yang akan membuatkan anda tenteram atau tenang. Ini adalah kerana proses kognitif membuatkan tubuh anda mengalami kebangkitan.
Tag : ,

Ikatan Dan Simpulan

KLIK PADA RUANGAN DI ATAS JIKA ANDA TAK DAPAT MELIHAT ANIMASI

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua- dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.


UNTUK MENDAPATKAN POWER POINT BAGI SEMUA JENIS IKATAN DAN SIMPULAN PENTING SILA KLIK DI SINI .Buku Sila Tindih Kasih Bunga Keti Simpul Pulih,Simpul Manok Bunga Keti Berganda Simpul Belit Simpul Pengail
Tag :

Glikolisis,Kitaran Krebs ,Rantaian Pengangkutan Elektron

on 28 Jul 2010

Glikolisis
Dalam proses metabolisma karbohidrat, glikolisis memainkan peranan yang penting dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP. Kehadiran oksigen di dalam proses ini menentukan penghasilan asid piruvik dan asid piruvik ditukarkan menjadi ‘Acetyl Conenzyme (Acetyl CoA) manakala tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini menghasilkan asid laktik dan hanya 3 molikul ATP.



Kitaran Krebs
Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia yang kompleks berlaku mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs, 2 molikul ATP, oksigen (O2) dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan. Karbon dioksida akan dikeluarkan daripada sel dan diangkut melalui darah ke paru-paru untuk dikeluarkan daripada tubuh.


Rantaian Pengangkutan Elektron
Semasa proses glikolisis, hidrogen (H2) dilepaskan sebagai glukos dan dimetaboliskan menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen dilepaskan semasa proses kitaran Krebs. Hidrogen yang dilepaskan daripada proses glikolisis dan kitaran Krebs akan bercantum dengan dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine
Dinucleotide) dan FAD (Flavin Adenine Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan membawa atom-atom hidrogen kepada rantaian pengangkutan elektron di mana ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada akhir rantaian ini, H+akan bercantum dengan oksigen (O2) bagi membentuk air (H2O) seterusnya menghalang keasidan. Elektron-elektron yang dipisahkan daripada Hidrogen akan melalui siri reaksi rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan tenaga untuk phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP

Tag :

Sistem Tenaga


Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan bolasepak, tenaga digunakan untuk mengekalkan aktiviti otot. Begitu juga di dalam aktiviti berlari dan melompat dan pergerakan yang memerlukan koordinasi dan imbangan dimana tenaga diperlukan berterusan.
Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil nutriet yang terdapat di dalam makanan untuk mendapat bekalan tenaga dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot, merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.
Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan. Terdapat tiga sistem asas di mana atp boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan dan pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem yang ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan kepada dua iaitu sistem atp-pc dan sistem asid laktik.
Sistem ATP-PC
ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina semula untuk mengelakkan daripada kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot membantu membina semula ATP.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di dalam latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan.

Sistem Asid Laktik
Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid pyruvic dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan kelesuan .Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m yang mengambil masa 45-60 saat akan membawa kepada kelesuan.

Sistem Aerobik
Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid pyruvic berpecah menjadi karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih daripada sistem yang lain.
Di dalam acara sukan yang memakan masa yang panjang seperti marathon seseorang pelari mungkin terpaksa melambatkan larian ataupun berhenti kerana kehabisan bahan bakar glikogen dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang lain seperti protin untuk menamatkan larian.
Tag : ,

Progressive Muscle Relaxation

on 27 Jul 2010


Progressive Muscle Relaxation (PMR) atau dikenali sebagai Relaksasi Otot Progresif adalah satu teknik yang sistematik untuk mencapai tahap atau keadaan yang benar-benar relaks kepada otot. Ia telah diperkenalkan oleh Edmund Jacobson pada tahun 1938 iaitu lebih daripada 50 tahun yang lalu. Dr. Jacobson mendapati bahawa otot boleh direlakskan dengan memberikan tekanan dalam beberapa saat kemudian dilepaskan ketegangan tersebut. Ketegangan dan melepaskan ketegangan kumpulan-kumpulan otot di seluruh badan akan mencapai tahap relaksasi yang mampu memberikan kelegaan dalam pelbagai situasi daripada tekanan darah tinggi kepada penyakit-penyakit lain berkaitan. Dalam buku asalnya, Progressive Relaxation, Dr. Jacobson telah merangka satu siri latihan relaksasi kepada 200 jenis otot di tubuh manusia yang memerlukan beberapa bulan untuk diselesaikan.
Gould (1986) mendefinisikan relaksasi sebagai a state of controlled and relatively stable level of arousal which is lower than of the normal waking state. Menurut Gould di dalam bukunya yang bertajuk “Foundation of Sport and Exercise Psychology”, Jacobson telah menamakan teknik ini sebagai progresif kerana prosedur dalam teknik ini memerlukan penekanan atau progresif dari satu kumpulan otot ke kumpulan otot yang lain sehingga semua kumpulan otot telah direhatkan. Selain itu, konsep bagi teknik PMR ini adalah ia melibatkan ketegangan secara sistematik yang akan diikuti oleh relaksasi seluruh kumpulan otot utama pada tubuh badan. Ketegangan otot yang kuat akan menghasilkan tahap relaksasi yang tinggi apabila otot itu direhatkan.
           

EMPAT (4) PRINSIP ASAS PROGRESSIVE MUSCLE RELAXATION


1.         Mempelajari atau merasai perbezaan antara tension dan relaksasi adalah berkait secara khusus dan ini bermakna adalah mustahil bagi kita untuk merasai relaksasi dan ketegangan berlaku pada waktu yang sama.
2.         Relaksasi progresif juga melibatkan kontraksi dan relaksasi secara sistematik pada setiap kumpulan otot utama tubuh badan.
3.         Relaksasi akan mengurangkan ketegangan pada otot dan merehatkan mental kita. Sekiranya aktiviti ini dilakukan dengan betul, kita akan dapat mengurangkan keletihan di samping mendapatkan tidur yang berkualiti. Menurut Burish dan Jenkins (1992), PMR sangat berkesan dalam mengurangkan kesan sampingan penyakit kanser chemotherapy. Bagi Rosen (1994), relaksasi juga begitu berguna di dalam mengawal hypertension.
4.         Teknik  ini  telah  beberapa kali diubah suai  namun tujuan teknik ini tetap sama iaitu membantu atlet atau orang lain belajar merasai ketegangan pada otot mereka dan merasai apa yang dikatakan sebagai relax atau rehat.
Cadangan Bacaan Lanjut.
http://www.guidetopsychology.com/pmr.htm
http://www.hypnos.co.uk/hypnomag/jacobson.htm
http://www.stressaffect.com/progressive-muscle-relaxation.html
http://www.nwhealth.edu/healthyU/chillout/muscle.html
Tag :

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

on 25 Jul 2010


Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
Apakah CPR?
Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.
Siapakah yang boleh memberikan bantuan CPR?
Anda perlu latihan yang formal untuk membolehkan anda memberikan bantuan CPR dengan berkesan. Walau bagaimanapun, jika nyawa mangsa bergantung kepada CPR, dan tiada orang lain yang lebih berkelayakan, anda perlu memberi bantuan tersebut. 
Mengapa kita perlu tahu mengenai CPR?
Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30% daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. CPR adalah amat penting dan mudah untuk dipelajari. Untuk maklumat lanjut mangenai pembelajaran CPR, hubungi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit Merah yang berdekatan. Pelajarilah kemahiran yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang anda sayangi.
Kaedah:

Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan. Sebutkan dengan kuat ,Adakah anda O.K? Hubungi bantuan (hubungi 999)
CPR Peringkat Awal
·         Saluran udara
o    Baringkan mangsa
o    Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa)
o    Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu.
·         Pernafasan
o    Pastikan samaada mangsa masih bernafas atau tidak
§  Lihat pergerakan dada mangsa
§  Dengar bunyi pernafasan
§  Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda
o    Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku
§  Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan
§  Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk menstabilkannya
o    Jika mangsa tidak bernafas
§  Berikan dua hembusan (1= hingga 2 saat bagi setiap pernafasan)
§  Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya
§  Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa
§  Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut
§  Lihat kenaikan dada
§  Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan
·         Edaran darah
o    Tentukan kehadiran nadi
§  Letakkan satu atau dua jari pada halkum(peti suara) mangsa.
§  Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot.
§  Rasai nadi untuk 5-10 saat
o    Jika nadi mangsa masih hadir
§  Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja
§  Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam setiap 5 saat)
o    Jika nadi mangsa sudah tiada
§  Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada
§  Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada)
§  Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah
§  Kira dengan ritma (irama)yang tetap -Satu dan dua dan tiga&
§  Tekan sternum sebanyak 1 = sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit. 
Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan).
Lakukan di dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan.

Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada.

Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan setiap 5 saat.
Garis panduan baru untuk CPR
Pakar perubatan percaya bahawa mereka yang melakukan CPR di waktu kecemasan perlu meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit yang mengalami serangan jantung kerana mereka selalu mendapatkan nadi dengan cara yang salah. Meraka menyarankan supaya tekanan ke dada untuk membersihkan saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan.

Perubahan-perubahan ini telah dimasukkan di dalam set garis panduan CPR yang baru yang diumumkan oleh Persatuan Jantung Amerika dalam usaha mereka untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa serangan jantung. Sesiapa yang ingin membantu mangsa ini perlu memeriksa tanda-tanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR. 
Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri, penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional boleh memulakan CPR yang standard dengan tekanan pada dada berpandukan garis panduan yang baru, dan bukannya mengenakan tekanan pada abdomen ataupun menggunakan jari untuk membersihkan saluran udara. Menggunakan tekanan yang kuat pada abdomen  atau lebih dikenali sebagai Heim-Lich Maneuver - akan tetap digunakan untuk mangsa yang masih sedar. 
Perubahan-perubahan lain berdasarkan garispanduan baru ini termasuklah:
·         Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada, berselang-seli dengan 2 bantuan pernafasan. Garis panduan lama mempunyai nisbah pernafasan yang berbeza dan penekanan pada dada berdasarkan pada bilangan pambantu yang ada ketika itu.
·         Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari.
Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.
Tag :

Maaf, Rehat Sebentar

on 24 Jul 2010

Sebagai ahli ReferKawan.com anda berpeluang menjana
pendapatan sampingan dengan refer kawan – kawan anda atau sesiapa sahaja untuk
menjadi ahli ke laman web ini.
Begini Cara Ia Berfungsi:-
  1. Copy salinan email & affiliate link dari “Bahan Promosi” dan emailkan
    kepada kawan – kawan anda.
  2. Bila kawan – kawan anda join dan upgrade anda akan mendapat 50% atau RM5.00
    komisen hasil jualan keahlian ke laman web ini.
  3. Setiap bulan iaitu pada 10 haribulan kami akan buat bayaran komisen yang
    anda kumpul ke akaun bank atau akaun paypal anda.
Potensi Pendapatan:-
Pendapatan anda adalah bergantung kepada usaha anda refer
rakan atau ahli baru ke laman web ini. Lebih ramai lebih banyak komisen yang
akan anda perolehi setiap bulan.
Berikut contoh potensi pendapatan anda:-
  • 10 Sehari x RM5.00 = RM50
  • 50 Sehari x RM5.00 = RM250
  • 100 Sehari x RM5.00 = RM500


Tag :

Cardiac Hypertrophy

Cardiac hypertrophy is a thickening of the heart muscle (myocardium) which results in a decrease in size of the chamber of the heart, including the left and right ventricles. A common cause of cardiac hypertrophy is high blood pressure (hypertension) and heart valve stenosis.
CLICK HERE
Tag :

Pengelolaan dan Pengurusan Pendidikan Luar

on 23 Jul 2010

Pengelolaan dan Pengurusan Pendidikan Luar
Pengelolaan dan pengurusan program pendidikan luar boleh dikategorikan kepada tiga fasa iaitu:
1. Pra-Perlaksanaan
1. Sebelum menjalankan sebarang aktiviti pendidikan luar yang terancang ada beberapa perkara utama yang perlu dilaksanakan dalam proses pra-pelaksanaan. Di antaranya adalah
i. Perlantikan ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kerja.
ii. Mengenalpasti personel (jurulatih dan fasilitator).
iii. Menyedia dan memeriksa alatan.
iv. Memeriksa dan mengenal persekitaran lokasi dan tempat.
v. Pelan altenatif.
vi. Memaklumkan kepada pihak yang terlibat.
vii. Surat kebenaran.
viii. Mesyuarat pra-pelaksanaan.
ix. Pendaftaran peserta.
x. Taklimat program.
2. Semasa Pelaksanaan
1. Fasa ini merupakan langkah pelaksanaan tahap kedua sebelum bermulanya aktiviti. Tahap ini perlu diambilkira kerana di fasa ini penyampaian ilmu bermula, diperkaya, dipraktik dan diperkukuh. Fasa ini adalah kemuncak perlaksanaan aktiviti. Jika sekiranya persiapan tidak mantap atau tidak mempunyai perancangan yang sistematik ianya akan menjejaskan pelaksanaan. Frederik Taylor telah menggariskan tiga prinsip pelaksanaan itu;
i. Penentuan kerja, pengagihan tugas dan peranan setiap ahli. Setiap individu harus tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa melaksanankan aktiviti.
ii. Pengkhususan kerja, mengkhususkan individu mengikut kepakaran dan kebolehan. Ini boleh membantu kelancaran kerja. Bagi melancarkan tugasan adalah lebih baik jika individu diberikan tugasan dengan mengutamakan kebolehan minat.
iii. Perancangan dan penjadualan yang rapi, pelaksanaan akan menjadi lebih sistematik dan terarah.
Mengikut Thorndike, individu dipastikan sudah dalam keadaan bersedia sebelum pembelajaran bermula. Persediaan mental dan fizikal memainkan peranan penting dalam proses pengajaran individu. Kecergasan fizikal untuk menghadapi kegiatan aktiviti yang dirancang akan membawa penghayatan penglibatan optima dan pencapaian kendiri. Kecergasan juga membantu kepada pengurangan kemalangan. Kurang kecergasan akan menyebabkan seseorang cepat lesu dan daya tumpuan akan berkurangan.
Perancangan dan penjadualan yang rapi harus dibuat berdasarkan kebolehan individu. Jika program yang dirancang tanpa mengambilkira criteria dan kehendak serta keperluan individu akan mengundang kegagalan dan serta seterusnya menimbulkan konflik serta persoalan yang panjang.
Fayol berpendapat personal mesti melaksanakan lima criteria semasa pelaksanaan aktiviti iaitu:
1. Autoriti
2. Displin
3. Penghargaan
4. Pemusatan
5. Kekitaan
Autoriti adalah sebagai hak member arahan dan kuasa untuk menarik seseorang menurut arahan. Ketua kumpulan dilantik dan diamanahkan membantu personal dan memimpin kumpulan bagi menjalakan tugas. Asas displin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati persetujuan yang telah dibuat. Kerjasama, sokongan, ketaatan, tindakbalas positif oleh individu hendaklah dihargai. Penghargaan dalam bentuk pengukuhan patut dibuat. Ini akan member motivasi intrisik kepada individu yang akan member rangsangan kepada perlakuan atau pencapaian yang baik. System permarkahan atau merit akan memangkinkan penghasilan norma dan nilai kumpulan atau individu. Dendaan bolehlah dilaksanakan tetapi haruslah berbentuk pengajaran dan bukannya hukuman.
Walaupun personal bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kumpulan tetapi ahli kumpulan haruslah diberikan kuasa dalam melaksanakan tugas dengan efektif. Individu digalakkan berfikiran kreatif menyoal dan diberikan peluang untuk mengemukakan pendapat. Pemusatan yang sebegini akan dapat membantu perjalanan aktiviti mengikut prosedur dan teknik yang selamat.
Potensi diri pelajar hendaklah dicungkil, diasah dan diketengahkan. Galakan mereka aktif, kreatif, inovatif dan proaktif semasa melakukan aktiviti dan tugasan di kalangan ahli bertujuan boleh mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi keharmonian. Semangat kerjasama dan kerja bersama-sama akan mengukuhkan lagi semangat kekitaan dalam pasukan.
Kesimpulannya, fasa ini dapat dirumuskan sebagai fasa yang sangat panjang dan penting. Kelancaran fasa ini melambangkan keberkesanan aktiviti untuk mencapai objektif. Personal bertindak sebagai pembimbing, penasihat, rakan, penyampai maklumat dan penjana kualiti diri individu. Dengan itu pengembelingan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepakaran personal amat penting bagi menjayakan sesuatu program.

3. Pos-Pelaksanaan
Antara perkara yang perlu diambilkira dalam fasa ini adalah
i. Permulangan dan pengumpulan peralatan yang digunakan. Segala peralatan yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dan dikumpulkan di tempat yang telah ditetapkan.
ii. Cooling down. Setiap aktiviti bagi setiap kumpulan yang terlibat haruslah menjalankan aktiviti cooling down bertujuan untuk memastikan semua otot-otot besar dan kecil yang terlibat dengan aktiviti kembali ke keadaan relaksasi.
iii. Pemeriksaan ahli/bilangan. Selepas berakhirnya sesuatu aktiviti jurulatih atau fasilitator yang bertanggungjawab haruslah memastikan jumlah dan bilangan peserta yang menyertainya haruslah sama jumlahnya dengan sebelum aktiviti bermula. Sebarang kecederaan samaada serious ataupun kecil haruslah dilaporkan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
iv. Maklumbalas keadaan dan kesihatan peserta. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Jika sekiranya tidak sihat haruslah memaklumkan kepada jurulatih atau fasilitator tidak kira sama ada ianya kecederaan ringan atau berat.
v. Pengisian oleh Jurulatih/fasilitator. Semua jurulatih dan fasilitator yang terlibat dalam sesuatu program haruslah mahir dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang tinggi. Ini bertujuan supaya segala pengisian yang diberikan pada setiap kumpulan adalah sama dan standard.
vi. Syor dan cadangan. Setelah menjalankan sesuatu aktiviti dicadangkan supaya diadakan suatu sesi untuk mendapatkan maklumbalas tentang segala kebaikan dan kelemahan dalam pengendalian dan perlaksanaan aktiviti oleh sesuatu kumpulan. Iannya bertujuan supaya dapat mengolah segala kekuatan dan kelemahan dalam melakukan dan pelaksanaan aktiviti. Syor dan cadangan yang bernas diambilkira dan diperbincangkan bersama. Aspek kelemahan di atas, samaada aspek kekuatan dikekalkan atau dipertingkatkan.
vii. Senggaraan dan Penyimpinan Peralatan. Semasa sesuatu aktiviti dijalankan keperluan kemudahan peralatan dan lokasi perlu dikemas dan kenalpasti. Pengemasan peralatan perlu dilaksanankan sebaik sahaja aktiviti selesai. Peralatan yang dikemaskan perlu diteliti supaya ianya mencukupi,bersih dan dalam keadaan yang baik seperti sebelum digunakan.
Peralatan yang mudah rosak atau sensitive perlu dipastikan keadaan semasa pengemasan. Berpandukan senarai semak,peralatan yang rosak perlu diasingkan bagi tujuan pembaikpulihan supaya tidak tercicir atau tertinggal do lokasi aktiviti bertujuan untuk meminimumkan kecuaian.
Penyimpianan alat-alat dalam stor perlu diklasifikasika dan dipastikan tersusun mengikut kelompok dan kumpulannya atau kategori yang ditentukan dengan merujuk system penstoran yang ditetapkan. Penggunaan rak-rak yang dilebelkan adalah dicadangkan bagi tujuan pengendalian keluar masuk alatan dan aspek pengurusan.
viii. Pengiktirafan
Pengiktirafan dalam setiap aktiviti dan program amat perlu kepada peserta dan juga jurulatih. Sekiranya dalam sesuatu program itu mempunyai penilaian tahap atau kemahiran yang tinggi dan meliputi ujian-ujian yang perlu dilalui oleh peserta maka satu pengiktirafan perlu diberikan sebagai satu bukti pencapaian. Ianya boleh dilaksanakan dengan penganugerahan pangkat atau sijil sebagai media memperakui kejayaan. Dengan pengiktirafan melalui sijil atau penganugerahan pangkat akan dapat memberikan motivasi dan galakan untuk jurulatih menyertai dan melaksanakan program pada masa akan dating.
ix. Penilaian
Setelah menjalankan aktiviti penilaian dilaksanakan bertujuan untuk memperbaiki reka bentuk aktiviti dan program, mengetahui tahap pencapaian matlamat dan objektif program,mempertingkatkan penggunaan ilmu dan kemahiran dikuasi oleh individu setelah tamat program. Penilaian boleh dijalankan melalui beberapa bentuk seperti ujian bertulis, soalan-soalan semasa perbincangan lisan atau menjawab soalan formatif. Antara komponen penilaian yang difokuskan adalah.
1. Kesihatah dan kecedasan keseluruhan.
Aktiviti yang dicadangkan atau dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan yang meliputi mental, fizikal, emosi dan social secara intra ataupun inter-personal. Proses peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan keseluruhan berhubung rapat dengan setiap aktiviti. Melalui pendedahan dan keberadaan dalam suasana sebenar disekeliling alam semulajadi dan pesekitaran yang nyaman secara otomatis dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan keseluruhan.
2. Hubungkait dengan akademik.
Penglibatan secara langsung dalam setiap aktiviti member peluang untuk memperkembangkan dan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman lampau. Ini member peluang kepada individu untuk mencuba dan meneroka serta menggabungjalin semua ilmu, pengetahuan dan pengelaman merentasi kurikulum sebagaimana aspirasi Negara.
3. Matlamat dan objektif
Sejauh mana pencapaian matlamat dan objektif dapat diketahui melalui tahap pencapaiannya. Sekiranya tidak tercapai punca dan penyebabnya akan dikenalpasti bertujuan untuk mencari penyelesaianya.
x. Post-mortem.
Post-mortem perlu dibuat bagi tujuan mengenalpasti kelemahan, kekurangan dan kelebihan yang telah dilaksanakan. Dua cara pengendalian post-mortem disyorkan adalah: menerusi boring penilaian peserta, maklumbalas dan soal selidek yang dibuat secara bertulis atau lisan.
- Menerusi mesyuarat yang diadakan bersama jawatankuasa pengelola, urusetia dan jurulatih terlibat.
- Melalui proses pos-mortem tersebut, pengelola akan dapat mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi, kelebihan yang perlu dikekalkan dan kebaikan yang perlu dipertingkatkan lagi supaya perancangan dan perlaksanaan akan dapat diperkemaskan lagi.
xi. Dokumen laporan.
Pelaporan sesuatu aktiviti atau program perlu dilaksanakan di semua peringkat bagi tujuan memantau pelaksanaan pada masa yang akan datang. Pelaporan haruslah dalam bentuk dokumentasi dan perlu dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan program seperti pihak kementerian, jabatan, serta penaja yang mempelopori penganjuran. Cirri-ciri terbaik dalam mendokumentasikan laporan ialah dengan memasukkan perkara-perkara berikut:
Pendahuluan
1. Tarikh, hari, masa dan lokasi
2. Bilangan penyertaan
3. Prosedur dan jadual kerja/aktiviti
4. Senarai jawatankuasa
5. Laporan aktiviti yang dilaksanakan
6. Laporan kewangan
7. Laporan jawatankuasa kerja/jawatankuasa kecil
8. Laporan maklumbalas atau penilaian keseluruhan
9. Masalah/pandangan/cadangan mengatasi
10. penutup
Tag :

PROLOTHERAPY


APAKAH PROLOTHERAPY? 
Prolotherapy  adalah  hasil  kombinasi  dari  perkataan  ‘Prolo’ dan ‘Therapy’. ‘Therapy’ bermakna    rawatan,   manakala  ‘Prolo’   berasal  dari  perkataan  “Proliferation”  yang bermakna  proliferasi  (pertumbuhan)  sel-sel untuk membentuk tisu –tisu ligament yang  baru.  Manusia mempunyai kaedah semula-jadi untuk proses membaik puleh sebarang kecederaan iaitu dipangggil “inflammatory process”. 
 Konsep rawatan prolotherapy adalah dengan memulakan proses inflammasi setempat melaluai teknik suntikan dikawasan   yang mengalami kesakitan akibat dari ligament yang  lemah , kendur  ataupun tercedera. Suntikan yang di berikan adalah mengandungi ‘hypertonic solution’ yang merupakan ‘diagnostic’ dan ‘therapeutic’. Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan ke dua puloh atau tiga puloh suntikan untuk sekali rawatan, ia nya tergantung kepada penyakit seseorang.  
Tag :

KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KECEDERAAN SEMASA BERSENAM

KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KECEDERAAN SEMASA BERSENAM

1. JENIS-JENIS KECERDERAAN

1.1 Kecerderaan Intrinsik ( Direct Injury)
• Disebabkan oleh diri sendiri
- Terlalu lebih melakukan regangan (hyper)
- Selalu melibatkan otot, tendon dan ligamen
- Biasanya kurang teruk

1.2 Kecerderaan Ekstrinsik ( Indirect Injury )
• Disebabkan oleh faktor luaran
• Lebih teruk berbanding kecerderaan instrinsik
• Biasanya melibatkan patah, terseliuh, koyakan pada otot, ligamen, tendon.

1.3 Kecerderaan Lebih Guna
• Disebabkan tekanan yang berulang pada satu-satu tempat.
• Berlaku hasil perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensiti latihan.
• Berlaku hasil teknik yang tidak betul
• Pemilihan kurang tepat terhadap alat yang digunakan
• Akibat kecerderaan akan terkumpul
• Alami rasa sakit berpanjangan, bengkak dan mudah alami kecerderaan berikutnya.

2. PENCEGAHAN KECERDERAAN

2.1 Perlu memanaskan badan dan menyejuk badan
• Ambil masa sekurang-kurangnya 20 minit sebelum memulakan senaman.
• Ambil masa sekurang-kurang 10 – 15 minit selepas senaman
2.2 Pastikan dalam keadaan cergas sebelum bersenam
2.3 Rehat mencukupi
2.4 Kondisi / Beransur Maju
2.5 Patuh Peraturan
2.6 Kemudahan dan tempat senaman yang selamat
2.7 Pakaian yang sesuai
2.8 Berhati-hati
2.9 Lakukan dalam persekitaran bersih
2.10 Gunakan Akal

3. RAWATAN ASAS

3.1 R.I.C.E
3.2 T.O.T.A.P.S
Tag :

Konsep Latihan Atlet Muda

on 20 Jul 2010


i)            Prinsip Latihan

a.  Kesediaan
Keberkesanan dalam latihan banyak bergantung kepada kesediaan fisiologikal seseorang atlet terutama sekali atlet-atlet muda.  Sebelum akil baligh, atlet muda adalah kurang bersedia secara fsiologikalnya untuk menerima latihan secara optimum. Banyak komponen kecergasan seperti kekuatan dan dayatahan otot bergantung kepada kematangan saraf otot dan saiz otot untuk bertindakbalas ke atas stimulus latihan. Oleh itu latihan yang lebih lasak harus ditangguhkan sehingga perkembangan fisiologikal atlet-atlet muda mencapai kemampuan yang lebih mantap.

b.  Respon individu
Kesedaran tentang tindakbalas yang berbeza-beza bagi setiap atlet terhadap latihan adalah amat penting dalam konteks keberkesanan latihan. Tidak semua atlet akan bertindakbalas kepada stimulus latihan secara yang sama walaupun latihan yang dilalui adalah sama. Antara sebab berlakunya perbezaan-perbezaan ini  adalah kerana faktor seperti kebakaan, kematangan, pemakanan, masa rehat, tahap kecergasan, faktor persekitaran, kecederaaan dan sakit serta faktor motivasi.

c.  Lebih beban
Peningkatan dalam kemampuan fizikal seseorang atlet akan hanya berlaku sekiranya beban latihan ditingkatkan melebihi beban yang biasa ditangani oleh kemampuan tubuh atlet. Apabila seseorang atlet telah dapat mengadaptasikan diri kepada beban latihannya, beban latihan perlu dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih tinggi. Kadar peningkatan atau adaptasi bergantung kepada 3 faktor iaitu, frekuensi (kekerapan) latihan, intensiti latihan dan tempohmasa latihan.

d.  Ansurmaju
Keberkesan dalam proses adaptasi kepada latihan bergantung kepada pengamalan prinsip ansurmaju dalam latihan. Beban latihan hendaklah ditambah perlahan-perlahan. Tubuh badan seseorang atlet tidak dapat melakukan adaptasi  apabila beban latihan dinaikkan dengan terlalu cepat dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan. Prinsip ansurmaju dalam latihan melibatkan aktiviti-aktiviti bercorak umum kepada yang lebih spesifik, dari aspek kuantiti kepada aspek kualiti latihan serta mengamalkan kaedah pengajaran yang menggunakan konsep pecahan bahagian-bahagian kecil kepada yang lebih menyeluruh.

e.  Adaptasi
Perubahan-perubahan kecil dari segi peningkatan kemampuan fisiologi akan berlaku hasil daripada proses adaptasi yang berlaku semasa latihan. Adaptasi-adaptasi yang berlaku melibatkan aspek-aspek seperti
a)        peningkatan kemampuan sistem pernafasan, fungsi jantung, pengedaran dan isipadu darah
b)        peningkatan kekuatan dan dayatahan otot
c)        tulang-tulang, tendon-tendon, ligament-ligamen serta tisu-tisu pengikat yang lebih kuat.
Prinsip ini berkait rapat dengan prinsip-prinsip lain seperti ansurmaju dan latihan jangka panjang.

f.    Pengkhususan
Jenis latihan yang dilakukan haruslah berkaitan dengan hasil latihan yang diharapkan. Latihan khusus akan mendatangkan hasil latihan yang khusus. Peningkatan prestasi adalah paling berkesan sekiranya latihan dilakukan mengikut pengkhususan yang diperlukan dalam aktiviti yang hendak dilakukan. Pengkhususan melibatkan 4 perkara iaitu, jenis aktiviti yang dipilih, sistem tenaga yang diperlukan (aerobik atau anaerobik), kumpulan otot yang terlibat, dan pergerakan sendi yang berkaitan dalam aktivit tersebut.

g.  Kepelbagaian
Latihan yang berkesan melibatkan kepelbagaian aktiviti untuk mengelakkan kebosanan serta dapat mengekalkan minat atlet. Kepelbagaian melibatkan beberapa konsep latihan yang penting seperti manipulasi tempoh masa kerja dengan tempoh masa rehat, latihan berat dengan latihan ringan serta kitaran latihan yang pelbagai. Kegagalan untuk mempelbagaikan aktiviti latihan akan menyebabkan rencatan dalam perkembangan prestasi atlet.

h.  Memanas dan menyejukkan badan
Aktiviti memanaskan badan dan aktiviti memulihkan badan selepas latihan adalah merupakan dua aktivti yang penting. Aktiviti memanaskan badan hendaklah dijalankan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti latihan yang berat bagi meningkatkan suhu badan, tingkatkan kadar pernafasan, kadar denyutan jantung dan menyediakan otot-otot serta tendon dan ligament pada sendi-sendi untuk menghadapi aktiviti yang lebih lasak.

i.     Latihan jangka panjang
Pembangunan prestasi seseorang atlet bukan satu proses yang dapat dijalankan dalam satu tempoh masa yang singkat. Penguasaan kemahiran, pembelajaran strategi dalam sukan dan proses adaptasi kepada latihan memerlukan satu jangka masa yang agak lama. Latihan yang terlalu berat serta terlalu awal akan menyebabkan sindrom overtraining (burnout) dari segi mental dan fisiologikal.

j.     Kebolehbalikan
Kesan adaptasi yang berlaku hasil dari stimulus latihan (melakukan aktiviti latihan) akan secara ansur-ansur hilang sekiranya aktiviti latihan diberhentikan secara tiba-tiba. Kadar pengunduran kesan adaptasi adalah lebih cepat berbanding kadar peningkatan kesan adaptasi. Program latihan yang berkesan hendaklah mengambilkira program penyelenggaraan kecergasan atlet semasa luar musim (off season) agar tidak mengalami kesan pengunduran kecergasan.
Tag :

Label

Umum (106) Olahraga (83) Info Kesihatan (43) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) Bola Sepak (22) anatomy (22) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) HBHE 2103 (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) HBPE3303 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) AFC (1) Aerobic (1) Bola Jaring (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE1203 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KBAT (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)

Google+ Followers

Tetamu Istimewa Saya

spshops.com

spshops.com
Jom Sertai Kami.

Peluang Jana Pendapatan On9

Peluang Jana Pendapatan On9
Pendaftaran Percuma - Keahlian Seumur Hidup
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO