Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Isu Utama

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025 KEMAJUAN DAN KEJAYAAN Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepa...

Siku dan Lengan

on 29 Jan 2010

Boleh dikatakan kebanyakan pergerakan bahagian atas badan yang dilakukan seharian akan turut melibatkan siku dan lengan. Ini kerana hubungkait yang sangat rapat dengan struktur anatomikal manusia. Sesetengah orang keliru dan tidak dapat membezakan antara pergerakan yang dapat dilakukan oleh siku (fleksi dan ektensi) dengan pergerakan yang dapat dilakukan oleh lengan (pronasi dan supinasi). Bagaimanapun, melalui analisa yang terperinci, kemampuan pergerakan di antara siku dan lengan dapat kita bezakan sebagaimana kita dapat membezakan pergerakan yang mampu dilakukan antara lengan dengan pergelangan tangan.
Dari sudut anatomi bahagian siku dan lengan terletak di bahagian atas badan. Siku dan lengan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu lengan atas (brakium), siku (kubitus) dan lengan bawah (antebrakium). Semasa membincangkan tentang bahagian siku dan lengan ini, bahagian anatomi bahu akan turut disentuh kerana bahagian tersebut turut terlibat dan ada hubung kaitannya dengan  pergerakan-pergerakan yang dapat dilakukan oleh siku dan lengan.
 
Sumber:www.theshouldercenter.com/

Tulang
Tiga tulang utama dalam kajian siku dan lengan ini ialah humerus, radius dan ulna. Bahagian proksimal tulang  ulna lebih besar daripada tulang radius manakala bahagian distal tulang radius lebih besar daripada tulang ulna . Bahagian proksimal humerus bersambung dengan skapula yang mana di bahagian skapula ini menjadi punca (origin) otot yang akan dapat menggerakkan lengan bawah secara fleksi dan ekstensi. 

Sendi
Gerakan-gerakan yang dapat dilakukan oleh siku dan lengan adalah dipengaruhi oleh struktur sendi yang terdapat pada bahagian tersebut. Pertemuan tulang humerus dengan tulang ulna dan radius membentuk sendi siku. Jenis sendi siku yang terdapat pada bahagian siku dan lengan ialah humeroulnar joint dan radioulnar joint. Sendi-sendi di bahagian siku termasuk dalam kelas diathrosis, yang mana pergerakan yang dapat dilakukan adalah jelas dan julat pergerakannya adalah besar.  
Humeroulnar joint terbentuk pada pertemuan di antara bahagian bawah tulang humerus (trochlear) dan lekuk kecil tulang ulna (trochlear notch). Humeroulnar joint diklasifikasikan sebagai sendi engsel (ginglymus) yang membenarkan pergerakan secara fleksi dan ekstensi.  

Radioulnar joint diklasifikasikan sebagai trochoid atau pivot joint (sendi pangsi) yang mana membenarkan pergerakan rotasi tulang radius berlaku di sekitar aksis longitudinal pada tulang ulna yang terletak di bahagian proksimal. Pergerakan semi berputar ini turut diiringi dengan pergerakan semi putaran dibahagian distal ulna.

Ligmen
Dalam pergerakan fleksi, stabiliti siku lebih bergantung kepada ligamen colateral ulnar (ulnar colateral ligamen). Ligamen  colateral ulnar ini akan memberi sokongan medial (medial support) dengan tujuan bagi mengelakkan siku daripada terjadinya pergerakan luarbiasa (abducting). Ligamen colateral ulnar juga memberi sokongan bahagian lateral (rujuk Gambarajah 2) . Ligamen annular pula bertindak sebagai pengikat kepada kepala radius kepada radial notch di ulna.

Tag :

kecederaan pada bahagian ‘Lower extremity’

on 15 Jan 2010




PENDAFTARAN AHLI : BIOASLI-100%FREE !!!


Tag :

Latar Belakang Permainan Bola Keranjang

Sejarah permainan bola keranjang bermula pada tahun 1891 di ‘International YMCA Training School’, Springfield Massachusetts. Pencipta permainan ini adalah James Naismith, seorang guru Pendidikan Jasmani.  Beliau menciptanya diatas arahan Pengetua ‘International YMCA Training School’ yang mahukan pelajar-pelajarnya sentiasa sibuk sepanjang musim sejuk. 
Setelah beberapa kali cubaannya gagal, akhirnya Naismith berjaya mereka suatu permainan yang melibatkan:
a)    dua pasukan
b)    dua gol
c)    ‘bouncing ball’
d)    gerakan yang tangkas dan kuat.

Pada awalnya satu pasukan mengandungi sembilan orang pemain.  Kemudian ditambah menjadi sepuluh. Bagaimanapun bilangan tersebut dikurangkan pula menjadi lapan orang.  Akhirnya menjadi lima orang pemain sahaja, dan bilangan ini kekal digunakan sehingga sekarang.Perlawanan pertama di peringkat antarabangsa adalah di antara Russian Mayak Sports Club dan YMCA di Saint Petersburg.  Populariti permainan ini semakin meningkat apabila ia disebarkan ke Eropah semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1932, ‘International Basketball Federation’ ditubuhkan bagi menyelaraskan serta mengembangkan permainan tersebut.  Pada tahun 1936, bola keranjang telah diterima sebagai salah satu acara di dalam Sukan Olimpik  dengan 21 buah negara mengambil bahagian.  Antara pemain yang kerap menjadi ‘role model’ bagi pemain-pemain muda bola keranjang adalah Larry Bird, Magic Johnson, dan Micheal Jordon.





Tag :

Gaya Permulaan Bagi Acara Pecut 100 Meter

on 13 Jan 2010

Gaya Peluru
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

Gaya Sederhana
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

Gaya Panjang(elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.
c
Latihan Ansur Maju 100 Meter
Larian atas bebola kaki
1. Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki.
2. Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.

Angkat Lutut Tinggi
1. Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang.
2. Badan condong ke hadapan lebih kurang 45°
3. Kepala tegak jangan terangguk.
4. Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan.
5. Bahu relaks.

Hayunan Tangan
1. Siku bengkok lebih kurang 90°.
2. Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul.
3. Tangan hayun dengan cepat dan bebas.

Berlari Mengikut Lorong
1. Murid melakukan larian pecut sejauh 30m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan.
2. Murid melakukan larian pecut sejauh 40m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan

Teknik Permulaan Dekam
1. Permulaan Sederhana.
a. Berdiri di belakang garisan permulaan.
b. Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 cm.
c. Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tepat dengan garisan permulaan.

2. Kedudukan ke garisan
a. Kaki permulaan di atas blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.
b. Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan.
c. Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu.
d. Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik I meter ke hadapan.

3. Kedudukan Sedia.
a. Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90° dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120° dari aras tanah.
b. Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus pula harus tinggi sedikit daripada kepala.
c. Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.
d. Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.
e. Mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.

4. Kedudukan Berlepas
a. Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.
b. Tolakkan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.
c. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

5. Permulaan Larian.
a. Kaki lonjakan dibawa ke hadapan.
b. Tubuh badan direndahkan.
c. Kepala ditundukkan sedikit.
d. Mata tertumpu pada trek.
e. Langkah permulaan pendek untuk 10 meter pertama.
f. Kaki diluaskan sedikit.

6. Semasa Larian
a. Atlet memecut dengan langkah yang panjang dan cepat.c
b. Lutut diangkat tinggi.
c. Menghayaun lengan dengan pantas.
d. Lari atas bebola kaki.
e. Siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90°.
Tag :

Top 6 Stretching Exercises

on 11 Jan 2010

Dave demonstrates six key stretching exercises to help enhance your range of motion and prevent injury. Active.com hosts the world's largest directory of sports and recreational activities, facilities, venues and classes, which includes more than 66,000 races, leagues, tournaments, camps and other recreational listings in over 80 sports and 5,000 cities all at http://www.active.com/

c
Tag :

Running Stretches: Comprehensive Stretching Exercises for Running & Jogging

on 10 Jan 2010

ncrease performance and reduce the risk of injury with the following comprehensive video from http://www.TheStretchingInstitute.com/. Only the best stretching exercises have been compiled in one easy to follow video.
 
Tag :

Proper Running Techniques : Stretching for Running

Expert runner talks about the importance of stretching your quadriceps, hamstrings and calves before running; learn more stretching tips in this free athletic video clip on running.

Tag :

Proper Running Techniques : Running from Heel to Toe

Running expert talks about the importance of running from heel to toe, and proper heel strike, in free athletic video on basic running techniques.

Tag :

Proper Running Techniques : Complete Running Techniques

Become an efficient runner by putting techniques like: stretching, running drills, strides and correct body alignment all together, in this free athletic video on basic running techniques.

Tag :

Proper Running Techniques : Butt Kicking Running Drill

Become an efficient runner, by watching expert runner train by doing butt-kicking drills to improve form, in this free athletic video on basic running drills.

Tag :

Proper Running Techniques : High Skipping Running Drill

Skipping isn't just for kids, practice the high skipping running drill before embarking on your running program, and learn tips on running drills in this free athletic video on running.
Tag :

Proper Running Techniques : Running Stride Length & Frequency

Learn the proper running stride in order to become more efficient at running, and feeling relaxed and comfortable when running, in this free athletic video on basic running techniques.Expert: Jeannette Stojcevski Bio: Jeannette Stojcevski has been an avid runner for over 15 years. Her track career started in middle school and spans through college.

Tag :

Running & Training Techniques : How to Improve Your Running Form

Tag :

training for the 100-meter dash

Tag :

Datuk Dr Mani Jegathesan

on 9 Jan 2010

Datuk Dr Mani Jegathesan atau lebih dikenali sebagai M. Jegathesan telah dilahirkan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada 2 November 1943. Walau bagaimanapun beliau dibesarkan di Kuarters 100 yang terletak di Brickfields Kuala Lumpur. Selepas meninggalkan Sekolah Rendah Jalan Batu, dia meneruskan pendidikan di Victoria Institution (VI) pada 1955 dan Anglo Chinese School, Singapura antara 1956 hingga 1961.

Olahragawan Negara 1966 itu juga cemerlang dalam akademik kerana berjaya memperolehi ijazah pertama perubatan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pada 1967 dan bergelar doktor perubatan. Beliau turut menerima anugerah pingat emas Kesatuan Pelajar NUS kerana menjadi pelajar terbaik keseluruhan universiti itu pada tahun yang sama. Dua tahun kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Mahidol University, Bangkok dan Universiti London pada 1970 hingga 1971. Beliau telah berkahwin dengan Lee Hong pada tahun 1969, seorang graduan Fakulti Farmasi yang juga menuntut di Universiti Singapura. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Ashelee, 34 dan Shirene, 31 dan seorang anak lelaki, Manika (Niki), 26 serta mempunyai sepasang cucu.


Memegang status pelari terpantas Asia selama lapan tahun atau 96 bulan pada era 1960-an ini mula mengorak langkah dalam arena olahraga ketika dia dibesarkan di Kuala Lumpur. Kedudukannya pada ketika itu sukar digugat oleh mana-mana pelari benua Asia. M. Jegathesan, adalah pelari pertama Malaysia yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik di Rome pada 1960 dalam acara pecut 100m. Beliau pernah melayakkan diri ke pentas Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut pada 1960, 1964, 1968 dan menjadi atlit Malaysia pertama ke separuh akhir 200m pada 1964 dan mengulanginya empat tahun kemudian.


Ayahnya, N. M. Vasagam yang berhijrah ke negara ini ketika usia remajanya adalah bekas pelari kebangsaan yang berasal dari Ceylon atau sekarang dikenali sebagai Sri Lanka. Mendiang ayahnya adalah bekas pengasas dan setiausaha Persekutuan Persatuan Atlit Amatur Malaya yang kemudian ditukar nama menjadi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU). Dia juga pengasas Persekutuan Majlis Olimpik Malaya yang kini dikenali sebagai Majlis Olimpik Malaysia (OCM).


Jegathesan terbabit dalam banyak bidang termasuk profesional seperti olahraga, akademik, pentadbir sukan, penyelidik, pendidik, penasihat perubatan, ketua pegawai eksekutif dan sebagainya. Ramai kenalan beliau menyifatkan Jegathesan mampu mencapai apa yang diinginkan kerana beliau membuktikannya sejak menjadi atlit ketika usia mudanya. Pengalaman bekerja beliau ialah berkhidmat di Kementerian Kesihatan dari 1967 hingga 1998 dan di situlah beliau menimba pengalaman bermanfaat dalam perubatan. Beliau memegang beberapa jawatan di kementerian itu selama 31 tahun bertugas dan jawatan terakhir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (TKPK) antara 1994 hingga 1998. Beliau pernah menjadi Ketua Perkhidmatan Makmal Hospital Kuala Lumpur 1985 hingga 1988, Ketua Bahagian Mikrobiologi dan Pengarah IMR dari 1988 hingga 1994.


Namun dalam tempoh singkat itu Jegathesan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada negara. Walaupun sibuk dengan tugasnya kini selaku Ketua Pengawai Operasi Sistem Hospital Awasan Taraf dan Adjunct Profesor dalam Perubatan Mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia (UPM), dia masih mencurah sumbangan kepada sukan sebagai pentadbir. Pada masa ini beliau adalah Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Petikan Sumber : http://sejarahmalaysia.pnm.my/
Tag :

Sejarah Olahraga

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.
Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-
* Sukan Panhellenic
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun
o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.
Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.
Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan Olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.
Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.
Petikan dari sumber: http://www.sksenai.com/
Tag :

SEJARAH OLAHRAGA DI Malaysia

on 5 Jan 2010


SEJARAH OLAHRAGA DI Malaysia
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.
Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.
Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
1914 – 1919 : Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.
1920 : Mesyuarat olahraga diadakan di KL untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.
Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
1913 : Nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.
Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.
1940 – 1948 : Aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
1952 : Nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU).
Digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
1960 : Kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan2 baru telah diadakan di Seremban. Rekod2 kebangsaan telah diiktiraf.
1960 – 1962 : Kejohanan turut disertai oleh peserta2 dari luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia, FMAAU ditukar kepada MAAU.
Presiden MAAU yg pertama – Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.
1964 : Kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Link Penting:
MAAU
IAAF
MSN
MAA
(sumbangan Puan Anita Yusoff).
Tag :

Label

Umum (117) Olahraga (88) Info Kesihatan (47) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) anatomy (26) Bola Sepak (25) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) Hoki (20) senaman (20) Psikologi Sukan Gunaan (19) PENYAKIT (17) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (17) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) HBPE3303 (8) info sukan (8) kriket (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Olimpik Rio 2016 (6) Prinsip senaman (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) HBHE 2103 (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Kecergasan (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Khairul Idham PAWI (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pengurusan Sukan (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) 100meter (1) AFC (1) Aerobic (1) Anita Yusof (1) Bola Jaring (1) Brazil (1) Coaching Soccer (1) Euro 2016 (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) GP San Marino (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE1203 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HBPE3303SMP - KEGIATAN PROFESIONAL (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hafizh Syahrin Abdullah (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KBAT (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mohd Faiz Subri (1) Moto3™ World Championship (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Pandelela Rinong (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) aerobic (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) piala dunia 2014 (1) quadrant jump (1) raja pecut (1) sukma (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO