Renungan

“Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (H.R. Bukhari Muslim)Saya memohon maaf kepada semua pembaca blog kerana buat masa ini saya tidak dapat menghantar nota yang diminta kerana kesibukan tugas.Harap maklum."

Sila Klik 'Like' jika anda suka blog ini.

Carian Blog Ini

Memuatkan ...

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan:Confederation Cup 2009

on 29 Jun 2009





Tentu semua telah mengetahui keputusan Confederation Cup 2009 .Brazil dinobatkan sebagai juara dgn mengalakan USA. Namun yang menjadi perbualan hangat ialh kekalahan pasukan Spanyol kepada USA.
Peningkatan pasukan USA dan Afrika Selatan serta jangan lupa pasukan Mesir boleh menjadi ancaman kepada pasukan handalan dunia.Senario ini di harap dapat diteruskan dalam saingan Piala Dunia akan datang yang mana pasukan gergasi bola sepak dunia tidak lagi berada dalam situasi selesa apabila bertemu pasukan yang dianggap lemah.


Tag :

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan:TUJUAN UJIAN KEMAHIRAN SUKAN.

on 21 Jun 2009

TUJUAN UJIAN KEMAHIRAN SUKAN.

Kemahiran sukan melibatkan pergerakan manusia dimana pergerakan yang spesifik dan kompleks ini mesti dipelajari. Oleh itu ujian kemahiran perlu dijalankan demi memenuhi pelbagai proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani atau sains sukan.

Pembelajaran psikomotor

Seorang guru Pendidikan Jasmani lazimnya menjalankan satu ujian untuk mengetahui maklum balas pelajar terhadap satu kemahiran yang baru diperkenalkan. Penilaian yang biasanya dijalankan adalah penilaian formatif mengenai kemahiran sukan tersebut. Melalui penilaian ini, pelajar akan memperolehi satu idea mengenai perkembangan penguasaan kemahiran baru ini. Pembelajaran psikomotor telah berlaku kerana mereka berpeluang belajar melalui penilaian, terutamanya jika berlaku kesilapan semasa penilaian. Kadar penguasaan dan perkembangan kemahiran baru turut dipercepatkan

Motivasi

Pelajar yang mempunyai pencapaian baik dalam ujian kemahiran sukan, akan dapat meningkatkan penlibatannya untuk menceburi sukan tersebut. Pengukuran kemahiran yang dilaksanakan dengan betul, mampu memotivasikan pelajar untuk memperbaiki keupayaan mereka. Persaingan antara pelajar akan mendorong para pelajar berlatih bersungguh-sungguh agar memperolehi pencapaian yang baik. Persaingan ini secara tidak langsung meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran itu.

Menggredkan tahap pencapaian pelajar.

Untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam sesuatu permainan. Salah satu cara yang baik adalah memberi gred kepada pencapaian mereka. Gred ini bukan sahaja dapat membolehkan pelajar mengetahui tahap pencapaiannya tetapi dapat membolehkan ibubapa pelajar mengetahui pencapaian kemahiran sukan anak mereka di sekolah.Gred pencapaian juga berperanan sebagai rekod pencapaian yang bakal membantu pelajar kemudian hari. Umpamanya semasa memohon masuk universiti atau mohon kerja

Ujian Diagnosis

Maklumat yang diperolehi daripada ujian kemahiran dapat membantu guru untuk mengetahui kelemahan pelajar (Hastad & Lacy 1989). Kaedah ini jauh lebih mudah daripada kelas pengajaran dan pembelajaran biasa. Adalah sukar bagi guru untuk mengetahui kelemahan yang ada pada setiap pelajarnya terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas. Dengan maklumat ini, guru dapat membaiki kelemahan yang terdapat pada diri seseorang pelajar itu

Mengenalpasti potensi

Potensi merupakan sesuatu yang abstrak. Jika sesuatu pergerakan itu tidak dilakukan, maka adalah sukar untuk melihat potensi seseorang pelajar terhadap sesuatu kemahiran sukan. Ujian kemahiran sukan dapat membantu pelajar menonjolkan potensinya dalam sesuatu kemahiran sukan, lebih-lebih lagi dalam aspek yang diuji. Contohnya potensi menjaring dalam permainan bola baling. Ujian kemahiran juga dapat mencungkil bakat daripada satu permainan ke satu permainan lain. Pelajar yang dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian kemahiran membaling bola dimasukkan ke dalam permainan bola keranjang.

Memudahkan pengajaran

Melalui ujian kemahiran, guru akan dapat mengetahui tahap penguasaan setiap pelajarnya. Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian akan memudahkan pengajaran guru. Keberkesanan pengajaran guru akan meningkat dengan penggunaan tahap pelakuan dan kaedah yang sesuai mengikut tahap kumpulah tertentu. Kaedah tunjukcara perlu dilaksanakan bagi kumpulan yang lemah penguasaannya. Manakala variasi diajar kepada kumpulan yang baik penguasaannya dalam sesuatu kemahiran sukan.

Menilai sesuatu program

Sesuatu program yang dilaksanakan perlu dinilai keberkesanannya. Ujian kemahiran merupakan salah satu cara untuk menentukan keberkesanan sesuatu program. Kebaikan atau keburukan sesuatu program dapat ditunjukkan melalui pencapaian ujian kemahiran sukan pelajar. Sesuatu program yang dilaksanakan itu berjaya atau sebaliknya adalah bergantung kepada pencapaian purata pelajar dalam ujian.

Menilai pengajar

Seseorang pengajar yang baik boleh diuji melalui pencapaian pelajarnya dalam sesuatu ujian (Barrow, 1989). Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian itu bergantung kepada kebolehan pengelola seseorang penganjur. Maka pencapaian pelajar dalam sesuatu kemahiran itu boleh digunakan sebagai petunjuk keberkesanan pengajaran seseorang guru pendidikan jasmani ataupun jurulatih. Ini adalah kerana apa yang diuji adalah apa yang diajar atau dipelajari.

Perhubungan awam

Selama ini program pendidikan jasmani di pandang rendah. Masyarakat bertanggapan bahawa pendidikan jasmani adalah masa untuk bermain sahaja. Dengan adanya ujian, pengukuran dan penilaian disampaikan dalam bentuk pelaporan yang mudah difahami, akan menjadi bahan bukti guru dalam melaksanakan penilaian formatif. Bukti ini juga mampu menjelaskan objektif dan nilai sebenar pendidikan jasmani dalam kurikulum.

Tag :

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan:Objektif Ujian Kemahiran Sukan

Objektif ujian kemahiran sukan adalah spesifik iaitu kepada penguji (guru pendidikan jasmani atau kepada jurulatih) dan subjek (pelajar atau orang yag diuji), ibubapa, pentadbir dan masyarakat.

Objektif penguji

i. Menyenaraikan kegunaan ujian kemahiran sukan dalam

pendidikan jasmani.

ii. Mengikut arahan dan pengendalian ujian kemahiran

sukan.

iii. Memahami kaedah pengelolaan ujian dan pengukuran

kemahiran sukan.

iv. Mengindentifikasikan ujian kemahiran sukan mengikut

komponen asas kemahiran dalam sukan yang berlainan.

iv. Memahami dan mencegah masalah dalam ujian penilaian

kemahiran sukan.

vi. Memahami maksud kemahiran sukan dan mengetahui jenis-jenis pengukuran kemahiran sukan.

vii. Mengumpul data secara sistematik dan merekodkannya

dengan tepat.

viii. Dapat menilai sejauhmana kemahiran sukan dan

kebolehan pelajar dalam sesuatu jenis sukan itu.

Objektif subjek ujian.

Di akhir sesi ujian, pelajar akan dapat:

i. Mengetahui tahap pencapaiannya dalam bidang

kemahiran sukan.

ii. Keputusan ujian boleh dijadikan motivasi untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi.

iii. Kepuasan kerana dapat meneruskan aktiviti fizikal sepanjang hayat.


Tag :

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan:MATLAMAT UJIAN KEMAHIRAN SUKAN.

Ujian kemahiran sukan dijalankan bertujuan untuk mencapai matlamat Pendidikan Jasmani dan kesihatan iaitu untuk menghasilkan pelajar yang aktif, sihat dan berilmu. Pemupukkan kemahiran nilai dan amalan yang positif dan pergerakan fizikal melalui proses pembelajaran yang bersepadu. Di samping itu ianya juga untuk mendapatkan maklumat bagi membuat keputusan atau penafsiran tentang pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Tag :

cari pendapatan di clickbank

on 14 Jun 2009


Maaf kerana kali ini saya tidak menulis mengenai sains sukan.Ini disebabkan semasa saya melayari blog dan web saya terjumpa sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama kawan-kawan.Kepada sekalian yang benar-benar nak cari pendapatan di clickbank boleh dapatkan clickbank profit pack yang memang begitu hebat dengan harga yang menarik.
Tag :

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan:Masa reaksi (reaction time)

on 8 Jun 2009

Kepantasan pergerakan dan kepantasan reaksi merupakan dua angkubah terpenting dalam lakuan motor. Kedua-dua angkubah ini akan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan atlet dalam semua acara perseorangan dan berpasukan dalam sukan dan permainan. Biasanya dalam pengujian dan penilaian mengenai masa reaksi, komponen-komponen lakuan motor berikut diambil kira iaitu masa reaksi, masa pergerakan dan masa gerak balas.
Masa reaksi (reaction time) ialah jeda di antara penyampaian sesuatu rangsangan dan permulaan sesuatu gerakbalas (Johnson & Nelson, 1986). Sage (1984) pula menyatakan bahawa RT ialah masa yang berlaku di antara penyampaian sesuatu stimulus dan permulaan sesuatu gerakbalas. Masa reaksi boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian berdasarkan fungsi neurofisiogikal. Maka semasa menjalani penyelidikan pastikan bahagian mana RT yang berkaitan dengan reseptor, ke laluan aferen, pusat pemprosesan, ke laluan eferen, dan akhirnya ke aksi otot. Masa reaksi juga dikenali sebagai julat masa di antara penyampaian isyarat, amaran atau rangsangan yang tidak menentu secara mendadak dan permulaan perlakuan motor (Schmidt, 1988). Masa reaksi juga merujuk kepada kepantasan membuat keputusan dan memulakan aksi. Keupayaan antisipasi yang tinggi boleh mempercepatkan masa reaksi.


Tag : ,

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan:PERSAMAAN UNIT DALAM PENGUKURAN

PERSAMAAN UNIT DALAM PENGUKURAN
Kebanyakan skor direkodkan dalam unit kaki, inci, minit ataupun saat. Untuk menganalisis skor, hendaklah merekodkan skor tersebut dalam satu unit pengukuran terutama yang terkecil. Jarak dan ketinggian akan direkodkan dalam inci berbanding kiraan kaki dan inci, dan masa pula direkodkan dalam saat berbanding minit dan saat.
PENGGUNAAN KALKULATOR DAN KOMPUTER
Terdapat tiga langkah untuk menganalisis set-set skor ujian iaitu 1) memilih teknik menganalisis yang sesuai, 2) membuat pengiraan dengan teknik menganalisis, dan yang ke 3) menerangkan keputusan tentang teknik menganalisis. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat memahirkan langkah dua untuk menganalisis data skor dengan lebih cepat dan lebih teliti.
Menganalisis skor haruslah lebih cepat dan lebih teliti. Terutama apabila set-set skor itu besar seperti 50 atau lebih, kalkulator dan komputer perlu digunakan untuk memastikan ketepatan dan kepantasan. Kalkulator amat penting dan mudah digunakan tetapi jika skor terlalu besar atau banyak mungkin ketepatan yang diperlukan tidak dapat diperolehi. Penggunaan komputer pula lebih pantas dan lebih tepat, sentiasa digunakan di sekolah-sekolah, daerah-daerah, universiti-universiti, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta penggunaannya amat meluas dalam perniagaan kerana kepantasan dan ketepatannya menghasilkan maklumat. Salah satu contoh program menganalisis data melalui komputer ialah Pakej SPSS.
MENGURUS DAN MENGGRAFKAN SKOR UJIAN
Terdapat 50 skor dalam jadual 2.1, tetapi skor-skor ini tidak memberi apa-apa makna dalam rajah tersebut. Ia akan lebih bermakna sekiranya kita tahu bagaimana ramai orang mendapat setiap skor setelah kita mengkaji skor tersebut. Untuk mendapat maklumat terperinci ini, langkah pertama kita perlu mencari skor yang terendah dan yang tertinggi yang terdapat dalam jadual tersebut. Sekarang kita cari jumlah pelajar yang memperoleh skor antara yang terendah (46) dan yang tertinggi (90) seperti yang terdapat dalam rajah 2.1.
Pastikan semua skor dari 40 hingga 99 terdapat dalam jadual. Skor pertama dalam jadual ialah 66, maka kita tandakan pada garisan 60 di bawah ruang 6 (60 + 6 = 66). Tanda ini menunjukkan bahawa skor 66 telah disusun. Seterusnya buat mengikut urutan di jadual, buat tanda pada barisan dan ruang yang sesuai untuk setiap skor.
Apabila skor telah teratur dengan tepat, mudah untuk membuat pembahagian frekuensi yang mudah (Simple Frequency Distribution) terhadap keputusan tersebut. Daripada pembahagian frekuensi mudah ini, kita dapat menentukan susunan skor secara sepintas lalu. Contohnya, dalam jadual 2.2, kita dapat lihat susunan skor dari 90 turun ke 46, kekerapan skor yang diperolehi adalah 68 dan pengecualian bagi setiap skor mempunyai kurang dari 3 frekuensi.
Maklumat dan rajah tidak disertakan, jika memerlukan maklumat ini sila tinggalkan msg dalam ruangan komen.

Table 2.1 Standing Long Jump Scores For 50 Junior High School Figure 2.1 Ordering A Set Of Scores.
Table 2.2 Simple Frequency Distribution Of Standing Long Jump
Score Of 50 Junior High School Boys In Table 2.1

SKOR BERKUMPULAN UNTUK MEMBENTUK GRAF
Kita boleh mengubah maklumat dari jadual 2.2 ke dalam bentuk graf. Jika terdapat terlalu banyak perbezaan skor maka, susunan skor akan dibuat secara kumpulan. Melalui jadual 2.2, kita dapat pecahkan kepada 15 kumpulan. Untuk lakukan ini, bahagikan perbezaan antara skor yang terbesar dan skor yang terkecil kepada 15 dan jika perlu bundarkan pada keputusan yang terhampir dengan nombor ( saiz selang = [ skor terbesar – skor terkecil] / 15). Saiz selang ini dapat menerangkan kepada kita berapa jumlah skor yang perlu ada dalam satu-satu kumpulan.
Rekacipta kumpulan pertama untuk mengisi skor yang terbaik. Sebelum menetapkan kumpulan, perlu menetapkan saiz selang terlebih dahulu. Terdapat dua langkah untuk menetapkan saiz selang iaitu :
Langkah 1 : daripada jadual 2.2, kita peroleh skor terbesar 90 dan skor terkecil 46, dan saiz
sela yang diperolehi adalah 3. Saiz selang = 90 – 46 = 44 = 2.9 = 3
15 15
Langkah 2 : kumpulan pertama mesti mengandungi 3 skor termasuk skor 90 (skor terbaik). Kumpulan pertama iaitu skor 89 – 91 telah dipilih, apabila kumpulan pertama terbina maka mudah untuk membina kumpulan-kumpulan yang lain seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.2 (figure 2.2).
Maklumat dan rajah tidak disertakan, jika memerlukan maklumat ini sila tinggalkan msg dalam ruangan komen.
Figure 2.2 Grouping Of Data In Table 2.2
NILAI – NILAI DISKRIPTIF ( DESCRIPTIVE VALUES )
Apabila set skor yang yang besar dapat dikumpulkan, tentu nilai diskriptif dapat dihitung. Nilai-nilai tersebut dapat merumuskan dan memberi maksud pada set-set skor. Nilai diskriptif digunakan bukan sahaja untuk menilai prestasi individu melalui orang yang menguruskan ujian tetapi juga untuk menjelaskan prestasi kumpulan atau untuk membandingkannya dengan kumpulan yang lain.
Mengukur Kecenderungan Memusat
Salah satu jenis nilai diskriptif ialah mengukur kecenderungan memusat, di mana menunjukkan mata skor yang perlu diberi tumpuan. Terdapat tiga ukuran kecenderungan memusat iaitu mod, min dan median.
a) Mod
Mod ialah skor yang paling kerap berlaku dalam sesuatu kumpulan skor (contoh 2,3,4,3,5,3, 6 maka mod ialah 3). Kaedah analisis statistik bagi mendapatkan min, median, mod, sisihan piawai, julat varian dan persentil dilakukan dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Dalam jadual 2.2, mod ialah skor 68. Ramai pelajar memperoleh skor 68 berbanding dengan dengan skor yang lain. Mod merupakan ukuran yang kurang stabil kerana penambahan dan pengurangan skor boleh mengubah nilainya. Contohnya, dalam jadual 2.2, sekira dua orang pelajar yang mendapat skor 68, hanya mendapat 66 maka modnya boleh menjadi 66 dan 68.
b) Median
Median adalah skor penengah yang berada pada separuh skor di bawah dan separuh skor di atas. Ia tidak dapat dikira selagi skor tidak disusun dari yang tinggi hingga yang terendah. Median menggambarkan skor pada kedudukan persentil ke 50. Jika bilangan skor dalam sesuatu kumpulan tersebut adalah ganjil, maka median skor ialah skor yang berada di tengah (contoh 20, 25,27, 32, 35 maka median ialah 27). Sebaliknya jika bilangan skor dalam sesuatu kumpulan adalah genap, maka median ialah penengah di antara 2 skor (contoh 4,5,6,7,8,9 maka median ialah 6.5).
c) Min
Min ialah hasil jumlah keseluruhan skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor. Contohnya skor markah ujian bagi 10 orang pelajar ialah 70, 75, 88, 86,74, 86, 90,78,86 dan 94 maka skor min ialah 82.7. Jumlah skor min ini tidak boleh dikira bagi data berbentuk nominal. Min kebiasaannya amat sesuai mengukur kecenderungan memusat dengan data nisbah dan data sela. Untuk mengira min, skor tidak perlu disusun dari yang terbanyak kepada yang sedikit. Contohnya, min bagi skor dalam jadual 2.1 ialah 67.78, iaitu jumlah skor yang disusun secara rawak hendaklah dibahagi kepada 50.
Jika graf skor adalah graf lengkungan normal maka menunjukkan bahawa mod, median dan min adalah sama. Jika graf adalah pencongan positif, maka menunjukkan bahawa min adalah lebih besar dari median. Jika graf adalah pencongan negatif, maka menunjukkan bahawa min kurang dari median. Contohnya, graf untuk skor 2,3,1,4,1,8 dan 10 adalah pencongan positif kerana min adalah 4.14 dan median adalah 3.
Min adalah ukuran kecenderungan memusat yang seringkali digunakan tetapi apabila skor adalah dalam pencongan yang lebih kurang sahaja maka median adalah ukuran yang terbaik. Mod hanya digunakan apabila tidak dapat dihitung dengan menggunakan min dan median lagi ataupun maklumat yang dikehendaki hanyalah tentang kekerapan sahaja. Contohnya saiz pakaian seragam dan lain-lain lagi.
Mengukur Pembolehubah
Kumpulan 1
Kumpulan 2
9
5
1
5
6
4
Jenis nilai diskriptif yang kedua ialah mengukur pembolehubah, di mana dapat menerangkan tentang taburan skor ataupun perbezaannya. Contohnya, skor bangun tubi lutut bengkok untuk dua kumpulan :
Untuk kedua-dua kumpulan, min dan mediannya adalah 5. Jika melaporkan bahawa min dan median bagi kedua-dua kumpulan itu adalah sama tanpa menunjukkan skor maka orang akan membuat kesimpulan bahawa kedua-dua kumpulan mempunyai kemampuan yang setara. Ini tidak benar kerana prestasi kumpulan 2 lebih sama berbanding kumpulan 1. Mengukur pembolehubah merupakan batas diskriptif yang dapat menunjukkan perbezaan dalam taburan skor. Terdapat dua cara mengukur pembolehubah iaitu julat (Range) dan sisihan piawai (Standard Deviation).
a) Julat (Range)
Merupakan cara mengukur pembolehubah yang paling mudah diperolehi dan digunakan apabila mengukur kecenderungan memusat, iaitu untuk mod atau median. Julat adalah perbezaan antara skor yang tertinggi dan yang terendah. Contohnya, julat skor bagi jadual 2.2 ialah 44 (90 – 46 ). Tidak pasti sama ada julat ini lebih tepat mahupun stabil kerana ia berdasarkan hanya pada dua skor yang ada kebarangkalian untuk berubah. Contohnya, julat skor dalam jadual 2.2, boleh jadi 38( 84 – 46 ) kerana pelajar yang memperolehi 90 tidak hadir.
b) Sisihan Piawai ( Standard Deviation)
Sisihan piawai yang menggunakan simbol (s) adalah cara mengukur pembolehubah yang digunakan bersama min. Ia menunjukkan jumlah perbezaan skor ataupun menyimpang daripada min – lebih banyak perbezaan skor daripada min menunjukkan tingginya sisihan piawai. Jumlah sisihan skor daripada min adalah 0.
Terdapat dua jenis formula dalam sisihan piawai iaitu :
1) formula untuk mendefinisi (definitional formula). Ia menjelaskan tentang apa yang dikatakan
sisihan piawai tetapi lebih sukar untuk diguna pakai.
2) formula untuk menghitung (calculational formula). Ia lebih mudah digunakan jika
menggunakan kalkulator.
MENGUKUR POSISI KUMPULAN
Selepas sesi ujian, kebanyakan individu mahu mengetahui tahap prestasi mereka dan membandingkannya dengan orang lain dalam kumpulan yang sama. Pangkatan dapat dihitung melalui pembahagian individu yang mendapat pangkatan yang terbaik iaitu pangkat pertama, individu yang mendapat skor yang kedua terbaik mendapat pangkat kedua dan begitulah seterusnya. Pangkatan mempunyai maksud yang tidak jelas sekiranya jumlah ahli dalam kumpulan tidak diketahui. Contohnya, pangkat 35 merupakan yang terbaik sekiranya jumlah ahli kumpulan adalah seramai 250 orang, dan ia adalah teruk jika ahli kumpulan itu seramai 37 orang.
a) Pangkat Persentil
Pangkat persentil menunjukkan hubungan posisi antara individu dalam kumpulan, menggambarkan peratus skor dalam kumpulan lebih rendah daripada skor yang diberi. Penyelidik akan menggunakan kaedah persentil semasa membuat interpretasi skor ujian. Dengan menggunakan pangkat persentil, penyelidik akan merasa lebih mudah untuk membandingkan skor mentah daripada set data yang berbeza. Contohnya seorang pelajar dapat memperolhi skor mentah 30 saat dalam ujian lari ulang alik 30 kaki dan berada pada kedudukan persentil ke 70 serta 40 ulangan dalam ujian lompat kuadran itu dan berada pada kedudukan persentil ke 65. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar tersebut mempunyai skor terbaik dalam ujian lari ulang alik 30 kaki berbanding dengan ujian lompat kuadran.
Terdapat tiga langkah proses untuk menghitung pangkat persentil iaitu :-
Langkah 1: susun skor dalam pembahagian kekerapan yang mudah, senaraikan dari skor yang terbaik dahulu (rujuk jadual 2.2).
Langkah 2: bina ruangan untuk timbunan kekerapan (cummulative frequency [cf] ), semasa memasukkan kekerapan, mulakan dengan yang lemah dahulu kemudian meningkat sehingga yang terbaik sekali di atas.
Langkah 3: menghitung pangkatan persentil dengan skor yang diberi berpandukan formula
berikut :- PRҳ = ( cfb + fw) (100)
2 ח
PRҳ adalah pangkatan persentil bagi skor X, cfb ialah nombor skor di bawah X, fw ialah kekerapan skor X dan ח adalah jumlah skor (jumlah kekerapan dalam ruang).
Sekiranya terdapat sejumlah skor yang besar, pangkatan persentil dan persentil haruslah diperoleh dengan menggunakan program SPSS di komputer.
SKOR – SKOR PIAWAI
Skor-skor yang piawai kerap digunakan untuk menilai pelajar pada akhir semester atau untuk menentukan kelas pangkatan bergantung pada semua pentadbir ujian melebihi masa yang diperuntukkan. Apabila setiap pelajar mampunyai skor seperti contohnya bangun tubi, ujian bangun dan sentuh untuk kelenturan dan larian perbatuan (mile run). Ketiga-tiga ujian ini berbeza dari segi skor yang diperolehi, menyukarkan guru atau penyelidik untuk kenalpasti pelajar yang mempunyai prestasi yang terbaik. Kesemua skor tidak boleh digabungkan kerana berbeza antara satu ujian dengan ujian yang lain iaitu bilangan, inci dan masa. Dengan menggunakan skor piawai, jumlahkan setiap skor ujian. Pelajar yang mendapat jumlah terbanyak merupakan terbaik keseluruhan. Tanpa menukarkan skor mentah ujian kepada skor piawai, penyelidik tidak boleh menjelaskan prestasi kecergasan motor seseorang pelajar. Ini disebabkan oleh komponen kecergasan motor yang diuji mengandungi beberapa jenis ujian dan dikira dalam pelbagai unit yang berbeza. Oleh itu, skor piawai yang selalu digunakan ialah pangkat Persentil, skor Z dan Skor T.
a) Skor Z
Skor Z menunjukkan sejauh mana kedudukan skor mentah daripada min. Semakin jauh kedudukan skor mentah daripada min maka semakin besar nilai skor Z. Jika skor mentah lebih rendah daripada min, maka nilai skor Z adalah negatif. Contoh dalam lompat kuadran,ujian melontar bola keranjang, ujian lompat jauh berdiri, lompat menegak, ujian lompat lompat kuasa menegak dan lari pecut 6 saat. Formula skor Z bagi skor mentah yang dikira berdasarkan semakin tinggi skor ujian, maka semakin baik prestasinya. Semakin tinggi Skor Z, maka semakin tinggi skor Z semakin tinggi prestasinya.
Skor Z = (skor mentah- min)/ sisihan piawai
Contoh:
Seramai 30 orang pelajar mengmbil ujian lompat menegak. Skor min yang diperoleh ialah 40 dan sisihan piawai 4. Maka nilai skor Z bagi pelajar yang memperoleh skor mentah 48 ialah:
Skor Z = (skor mentah – min) sisihan piawai
= (48 – 40) / 4
= 8/ 4
= 2
b) Skor T
Komponen ujian kecergasan motor yang dipilih biasanya mempunyai unit pengukuran yang berbeza. Kita tidak boleh menggabungkan ukuran daripada unit-unit yang berbeza. Penyelidik perlu menukarkan skor bahan mentah ujian-ujian yang dilakukan kepada Skor Piawai (Skor T) terlebih dahulu sebelum digabungkan menjadi jumlah Skor T untuk keputusan ujian secara keseluruhan.
Skor T = 10 X (Skor Z) + 50
= 10z +50
KAEDAH STATISTIK
a) Korelasi
Korelasi ialah perhubungan antara 2 pembolehubah. Nilai pekali korelasi menunjukkan kekuatan hubungan antara pembolehubah. Kaedah korelasi digunakan apabila terdapat 2 atau lebih pembolehubah daripada populasi yang sama. Contoh, adakah terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan penglibatan atlit dalam sukan? Adakah terdapat hubungan antara ketangkasan kaki dengan kemahiran menggelecek bola? Adakah terdapat hubungan antara koordinasi mata dan tangan dengan keupayaan menjaraing boala ke sasaran? Kaedah korelasi juga digunakan untuk menentukan kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti ujian.
b) Pekali Korelasi
Nilai pekali korelasi berada antara +1.00 hingga -1.00 dan tidak melebihi atau kurang daripada nilai tersebut. Pekali korelasi yang positif menunjukkan terdapat hubungan terus. Contoh, pelajar yang memperolehi skor yang tinggi dalam ujian ketangkasan kaki juga mendapat skor yang tinggi ke atas kemahiran menggelecek bola dan pelajar yang memperolehi skor yang rendah bagi ujian koordinasi mata dan tangan juga memperolehi skor yang rendah dalam keupayaan menjaring bola ke sasaran.
Pekali korelasi negatif menunjukkan bahawa pelajar yang memperolehi skor yang rendah ke atas pembolehubah pertama mendapat skor yang tinggi ke atas pembolehubah kedua dan sebaliknya. Nombor pekali korelasi menunjukkan kekuatan hubungan dan arah hubungan antara pembolehubah. Contoh nombor +.79 menunjukkan darjah kekuatan hubungan yang sama dengan -.79 Cuma arah hubungan sahaja yang berbeza. Safrit dan Wood (1995), telah memberi garis panduan bagaimana hendak mentafsirkan saiz pekali korelasi iaitu ±.80 hingga 1.00 tinggi, ± .60 hingga 0.79 sederhana tinggi ± .40 hingga sederhana, ±0.59 sederhana, ± .20 hingga 0.39 rendah dan ± .00 hingga 0.19 tidak ada hubungan.
Pekali korelari juga digunakan untuk mengetahui perkongsian varian antara 2 pembolehubah. Nilai pekali korelasi yang diperolehi antara 2 set pembolehubah diganda duakan bagi mengetahui jumlah varian keseluruhan. Contoh, jika pekali korelasi amtara ketangkasan kaki dengan kepantasan kaki ialah .9, maka jumlah perkongsian varian ialah .81. Ini bermakna 2 set data tersebut mempunyai persamaan varian sebanyak 64 peratus. Keputusan ini menunjukkan bahawa 2 set data tersebut mempunyai hubungan yang tinggi bagi satu atau lebih cirri-ciri umum pembolehubah.
Pekali Korelasi yang tinggi hanya menunjukkan hubungan yang kuat antara 2 pembolehubah tetapi bukanlah penyebab. Kita tidak boleh menyatakan bahawa pencapaian akademik yang tinggi kerana penglibatan mereka dalam sukan. Apa yang boleh dinyatakan ialah terdapat hubungan yang tinggi dan positif. Kaedah korelasi yang sering digunakan dalam Pendidikan Jasmani ialah Pearson Product Moment. Statistik Korelasi kerap digunakan oleh guru atau penyelidik bagi menentukan sama ada sesuatu hipotesis yang dibina dapat diterima atau ditolak.
c) Ujian T
Terdapat 2 jenis ujian T iaitu Ujian T- sample tidak bersandar indepent samples t-test dan ujian t-sample berpasangan Paired Samples T-Test yang terdapat dalam program SPSS for Window.
a). Ujian –t sample tidak bersandar, digunakan apabila kita hendak membandingkan
skor min bagi 2 kumpulan pelajar yang berbeza.
b) Ujian –t sampel berpasangan, digunakan apabila kita hendak membandingkan skor
min bagi sekumpulan pelajar yang sama ke atas 2 suasana yang berbeza.
d) Ujian Anova Sehala
Anova varian atau Anova Sehala digunakan untuk membandingkan skor min bagi 3 kumpulan pelajar atau lebih. Anova Sehala hanya boleh dijalankan apabila terdapat satu pembolehubah tidak bersandar yang mempunyai 3 atau lebih kumpulan atau tahap yang berbeza dan satu pembolehubah bersandar. Sebagi contoh, membandingkan pencapaian ujian lari pecut 50 ela di antara pelajar Tahun Satu, dua dan Tiga yang mengikut Kelas Pendidikan Jasmani.Pembolehubah tidak bersandar ialah pelajar yang mempunyai tiga peringkat peringkat (tahun satu, Dua dan Tiga). Pembolehubah bersandar ialah skor ujian lari pecut 50 ela. Ujian F signifikan menunjukkan bahawa hipotesis nol ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara pelajar Tahun Satu, Dua dan tiga. Walau bagaimanapun analisis ini tidak memberitahu kita mana satu pelajar yang berbeza.
KESIMPULAN
Kita seharusnya mahir menggunakan pelbagai teknik yang telah dinyatakan dalam bab ini untuk menentukan bila ianya perlu digunakan, menetukan cara untuk menghitung nilai, dan untuk menjelaskan keputusan yang diperolehi. Sepanjang perbincangan tentang teknik, min dan sisihan piawai merupakan teknik yang paling banyak digunakan. Skor T, pengukuran yang paling berguna sangat kerap diguna pakai pada setiap tahun.
Skor mentah yang diperolehi daripada ujian ujian kecergasan yang berlainan unit ukurannya tidak boleh digunakan untuk tujuan membandingkan antara satu keputusan dengan keputusan yang lain. Bagi menjelaskan prestasi kecergasan motor sebenar bagi seseorang pelajar, kita perlu menukarkan skor mentah kepada skor piawai. Skor piawai yang lazim digunakan ialah skor z dan skor t.
Kaedah statistik yang lazim digunakan bagi menganalisis data ujian ialah ujian korelasi, ujian t dan Anova Sehala. Kajian korelasi merujuk kepada perhubungan di antara 2 pembolehubah. Nilai pekali korelasi menunjukkan kekuatan hubungan antara pembolehubah. Ujian ini digunakan apabila terdapat 2 atau lebih pembolehubah daripada populasi yang sama. Nilai pekali korelasi adalah di antara +1.00 hingga -1.00 dan tidak boleh melebihi atau kurang daripada nilai tersebut.
Ujian t digunakan bagi melihat sama ada terdapat atau tidak perbezaan di antara 2 kumpulan pembolehubah yang diuji. Terdapat 2 jenis ujian-t iaitu ujian-t sample tak bersandar dan ujian –t sampel berpasangan, Ujian-t sample tidak bersandar dijalankan apabila kita hendak membandingkan min bagi 2 kumpulan yang berbeza. Ujian-t sample berpasangan diunakan apabila hendak membandingkan skor min bagi kumpulan pelajar yang sama ke atas 2 suasana yang berbeza.
Ujian Anova Sehala digunakan untuk membandingkan skor min bagi 3 kumpulan pelajar yang berbeza. Anova Sehala boleh dilakukan apabila terdapat satu pembolehubah tidak bersandar yang mempunyai 3 atau lebih kumpulan atau tahap yang berbeza dan satu pembolehubah bersandar. Analisis korelasi, ujian-t dan Anova lebih berkesan jika dianalisis menggunakan program SPSS for Window..
Tag :

JENIS-JENIS SKOR

JENIS-JENIS SKOR

Skor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu secara ada kesinambungan ataupun secara berasingan.

  1. Skor Selanjar (Continuous Score)

Kerap digunakan dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Mempunyai keupayaan memperbanyakkan nombor penilaian kerana mereka dapat mengukur dengan mengubah darjah ketepatan. Antara dua nilai skor selanjar terdapat nilai yang tidak terhitung yang terungkap sebagai pecahan. Contohnya, bilangan berat badan seseorang dapat direkod dalam 5-, 1- atau skor ½ paun bergantung pada bagaimana ketepatan skor yang diperlukan.

 

Kebanyakan skor selanjar ini membundar kepada unit pengukuran yang terhampir apabila ia direkodkan. Contohnya, skor pelajar yang lari pecut 100 meter dalam masa 10.57 saat direkodkan menjadi 10.6 saat kerana 10.57 saat adalah lebih hampir dengan 10.6 saat berbanding 10.5 saat. Selalunya apabila bilangan membundar pada unit pengukuran yang terhampir, ia akan bertambah hanya apabila bilangan tersebut ialah 5 atau lebih. Oleh itu, 11.45 membundar menjadi 11.5 sementara 11.44 akan direkodkan menjadi 11.4.

 

  1. Skor Berasingan (Discrete Score)

Terbatas pada bilangan nilai yang tertentu sahaja dan selalunya tidak terungkap sebagai pecahan. Skor dalam acara lontaran atau menembak pada nombor yang disasarkan iaitu 5-4-3-2-1-0 adalah berasingan kerana hanya akan memperoleh skor 5,4,3,2,1, atau 0 sahaja, mustahil untuk memperoleh skor pecahan seperti 4.5 ataupun 1.67.

 

Menurut Ferguson & Takane 1989, skor dapat digolongkan sebagai nisbah, sela, nominal dan ordinal. Bagaimana skor digolongkan adalah berdasarkan pengaruh pengiraan yang dijalankan ke atas skor-skor tersebut.

a)                  Skor Nisbah ( Ratio Score )

Mempunyai persamaan unit pengukuran antara setiap skor dan ada kenyataan nilai kosong, maka kenyataan tentang persamaan nisbah dapat dibuat. Contohnya, ukuran tinggi , berat badan, masa dan jarak. Masa yang diambil oleh pelajar A untuk menamatkan larian 100 meter ialah 12 saat dan pelajar B mengambil masa 24 saat. Ini bermakna pelajar A dapat berlari lebih pantas dua kali ganda daripada pelajar B.

 

b)                 Skor Sela ( Interval Score )

Mempunyai persamaan unit pengukuran  antara setiap skor tetapi tiada kenyataan nilai kosong. Skor 0 pada ukuran jarak merupakan nilai kosong yang benar dan menunjukkan tiada jarak. Manakala skor 0 pada ujian pengetahuan bukanlah nilai kosong yang sebenar kerana ia tidak boleh menunjukkan jumlah kekurangan pengetahuan. Ini bermaksud bahawa responden tidak tentu menjawab semua soalan pengetahuan dengan jawapan yang betul.

 

Semua skor prestasi fizikal adalah sama ada skor nisbah ataupun skor sela. Contohnya, dalam ujian lompat kuadran, pelajar A berjaya melompat sebanyak 80 bilangan ulangan, pelajar B mendapat 70 ulangan dan pelajar C mendapat 40 ulangan. Ini bermakna pelajar A berjaya melompat 10 bilangan ulangan lebih jauh daripada pelajar B dan pelajar C melompat 30 ulangan lebih rendah daripada pelajar B. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menyatakan bahawa pelajar A dua kali lebih kuat daripada pelajar C. Nilai kosong dalam skor sela tidak menggambarkan nilai yang mutlak. Pelajar yang tidak berjaya melakukan ujian lompat kuadran dan mendapat skor kosong tidak bermakna ia tidak mempunyai ketangkasan kaki.

 

c)                  Skor Ordinal (Ordinal Score )

Tidak mempunyai persamaan unit pengukuran antara setiap skor tetapi ia mempunyai arahan membolehkan skor itu untuk mempercirikan satu-satu skor agar lebih tinggi dari yang lain. Skor ordinal mempunyai pangkatan. Contohnya, bilangan ujian bangkit tubi lutut  bengkok bagi empat orang pelajar ialah 16,15,12 dan 8. Perbezaan di antara pelajar yang diberi pangkatan 1(16) dengan pangkatan 2(15) mungkin kecil, tetapi beza antara pelajar pangkatan 3(12) dengan pangkatan 4(8) mungkin besar.

 

d)                 Skor Nominal ( Nominal Score )

Tidak boleh diberi arahan pangkatan. Contohnya, individu boleh diklasifikasikan melalui kecenderungan dalam sukan tetapi tidak boleh mengatakan bahawa satu-satu sukan itu lebih baik dari sukan yang lain. Perbezaan jantina juga merupakan satu lagi contoh skor nominal, iaitu antara jantina lelaki dan perempuan. Perbezaan kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain lagi.

Tag :

Apa Yang Kita makan

on 3 Jun 2009

Kita memerlukan tenaga untuk bekerja dan beraktiviti. Tenaga ini dikira dalam ukuran kalori. Tetapi jika kalori diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan pertambahan berat badan. Jadi, seimbangkanlah kalori yang diambil setiap hari dengan aktiviti yang anda lakukan. gunakan maklumat di bawah sebagai panduan mudah untuk melihat apa yang perlu dilakukan bagi membakar kalori berlebihan!



Donat(268kcal - 1 biji) = Bermain Badminton(50 minit)




Pisang Goreng(258kcal - 2 potong) = Mop Lantai (76 minit)



Kuih Lapis(264kcal - 2 potong) = Berjalan Pantas (65 minit pada kelajuan 6km/jam)

Untuk maklumat permakanan sila lawati http://www.nutriweb.org.my/
Tag :

Label

Umum (103) Olahraga (75) Info Kesihatan (43) Sains Sukan (38) Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan (37) PJ (36) kesihatan (35) PJM3101 (29) Pendidikan Pergerakan (24) Sukan dan rekreasi (24) Bola Sepak (21) PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (21) Sistem Pertandingan (21) anatomy (21) senaman (20) Hoki (19) Psikologi Sukan Gunaan (19) Pend.Luar (17) Kecederaan Sukan (16) PENYAKIT (16) PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN (16) Permainan Kecil (15) PENGUKURAN DAN PENILAIAN (14) PERGERAKAN ASAS (14) Bola Tampar (12) PERMAINAN (11) PJ1311P4 (10) PJM3114 (10) info sukan (8) Bantu mula (7) Biomekanik (7) Bola Baling (7) Online Biz (7) kolesterol (7) KEMAHIRAN ASAS (6) Lompat Jauh (6) Prinsip senaman (6) kriket (6) GIMNASTIK PENDIDIKAN (5) KONFLIK DAN STRESS (5) Olimpik (5) PERGERAKAN PENDIDIKAN (5) Pemakanan (5) Pendidikan Luar (5) Piala Dunia Fifa 2010 (5) Ramadhan (5) The 3 Fives (5) Umum.Badminton (5) le tour de langkawi (5) nutrition (5) KALORI (4) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia (4) Lontar Peluru (4) Pendidikan Jasmani (4) Permaianan (4) Tenis (4) lompat tinggi (4) pembelajaraan motor (4) strok/angin ahmar (4) teori pembelajaran (4) Human Reproductive System (3) PENGUJIAN (3) Pendidikan (3) Pengenalan PJ (3) Piala Suzuki 2010 (3) Ragbi (3) Rehat Minda (3) Rugby (3) Sprint Drill (3) kaedah pengajaran (3) pembelajaran motor (3) tali (3) Bioasli (2) Bola Keranjang (2) Euro 2012 (2) Futsal (2) Gimnastik berirama (2) HBHE3103 (2) How do I know if my Nokia Mobile is Original? (2) KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI (2) KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA (2) KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN (2) Kaedah Latihan (2) Kepimpinan Jurulatih (2) Krisis Mesir (2) Lumba Basikal (2) Meditasi (2) MotorGP (2) PJ 1 Akademik (2) PJM3105 PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR (2) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (2) Pengurusan Pendidikan Jasmani (2) Pergerakan Kreatif (2) Piala Suzuki 2010.Safee Sali (2) Pray For Japan (2) Prinsip-prinsip Latihan. (2) Program Kesihatan Sekolah (2) SISTEM SARAF (2) Satah anatomi dalam posisi anatomi (2) Sistem Saraf Pusat (2) Stres (2) Theory and Methodology of Training. (2) Tiga Lima (2) Undang-undang Permainan (2) Vitamin (2) kemahiran asas bola tampar (2) khairul fahmi (2) manggaAd (2) pbs (2) world cup 2010 (2) www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com (2) . (1) AFC (1) Aerobic (1) Bola Jaring (1) FALSAFAH (1) GAYA HIDUP SIHAT (1) GLOSSARY (1) Gambar Pilihan Hari Ini (1) Grand Prix (1) HBHE 2103 (1) HBHE3203 (1) HBPE 3203 (1) HUKUM NEWTON KETIGA (AKSI DAN REAKSI) (1) Hukum Newton (1) ISTIREHAT.SENGGANG (1) Ibu (1) Isthmian Games (1) Isu semasa (1) JENIS IMAGERI (1) Jenis kecederaan (1) Jenis-jenis Khemah (1) Jenis-jenis Tendangan (1) Jumpers Knee (Patellar tendinopathy) (1) KAEDAH PENGAWALAN PENDARAHAN (1) KEGUNAAN IMAGERI (1) KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA (1) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (1) KERUNTUHAN AKHLAK (1) KESEDARAN MASA (1) KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN (1) KESEDARAN RITMA (1) KESEDARAN RUANG (1) KESEDARAN TUBUH BADAN (1) KESENGGANGAN (1) KONSEP ORGANISASI (1) Kaedah-kaedah latihan autogenik (1) Kajian Jurnal (1) Keagresifan Dalam Sukan (1) Kecemerlangan dalam kejurulatihan (1) Kecemerlangan dalam sukan (1) Kecergasan (1) Kelenjar Adrena (1) Kelenjar Paratiroid (1) Kelenjar Pineal (1) Kelenjar Pituitari (1) Kelenjar Timus (1) Kelenjar Tiroid (1) Kepantasan (1) Keperluan Kalori (1) Kesan-Kesan Pencemaran Nuklear (1) Kidney Transplant Surgery (1) Kitaran haid (1) Konsentrasi (1) Konsep Latihan Atlet Muda (1) Koordinasi (1) Kuasa (1) LARI JARAK JAUH (3 (1) LATIHAN AUTOGENIK / AUTOGENIK TERAPI. (1) LOMPAT KIJANG (1) LTDL 2012 (1) Lari Berhalangan.olahraga (1) Lari jarak sederhana (1) Lee Chong Wei (1) Libya (1) MEDIUM/ OBJEK MEDITASI (1) MENGUMPAN (1) MEREJAM (1) MH370 (1) Majlis Sukan Negara (1) Malaysia Cergas (1) MalaysianGP (1) Mandi Junub (1) Masa reaksi (reaction time) (1) Memori Berkerja (1) Memori Sensori (1) Merancang Jantina Bayi (1) Merancap (Onani) (1) Metabolisme (1) Microorganism and virgin coconut oil (1) Mimpi ghairah (1) Model Memori Stor Berganda (1) Mubarak (1) Nasib Pelajar Kita (1) Norma UKJK (1) Nota Pertolongan Cemas (1) ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI (1) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani (1) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11 TAHUN 2011 (1) PEMINDAHAN MANGSA KEDALAM PENGUSUNG BUATAN (SELIMUT) (1) PENGERTIAN PENGUJIAN (1) PENGHARGAAN (1) PENILAIAN (1) PENYAKIT ENDOMETRIOSIS (1) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN (1) PERANCANGAN KEJOHANAN (1) PERATURAN UNDANG-UNDANG 10 000 Meter (1) PERIFERAL DAN AUTONOMIK (1) PERNAFASAN (1) PERUBAHAN SOSIAL (1) PIALA SULTAN AZLAN (1) Paris Hilton Converts to Islam (1) Patella Tapping of sports injury (1) Paul (1) Pedidikan Jasmani (1) Pekeliling Iktisas (1) Penderaan Seksual (1) Pendidikan Jasmani dan Sains SukanTeknik bernafas betul (1) Pengertian Remaja (1) Pengurusan Panitia Sekolah (1) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani (1) Pengurusan Sukan (1) Pergerakan (1) Pergerakan Sendi.satah pergerakan (1) Permainan Rounders (1) Pistorius (1) Prevention and Treatment Of Sports Injury (1) Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani (1) Prinsip Pengurusan Sukan (1) Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) (1) Proses Reproduktif Manusia (1) REHAT (1) Rawatan Kecederaan Ringan. (1) Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka (1) Robert VITTEK (1) Rokok Eletronik? (1) SEJARAH (1) SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (1) SEJARAH PERMAINAN BOLA JARING (1) SEJARAH PERMAINAN TENIS (1) SENARAI HOTEL RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL (1) SISTEM ENDOKRIN (1) SOSIALISASI SUKAN (1) Satan On Duty (1) Sebab-sebab anaemia (1) Servis Bawah Tangan (1) Sifilis (1) Sinusitis (1) Soalan Peperiksaan (1) Solfball (1) Stevia (1) Sukan Prestasi Tinggi (1) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) (1) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Susu (1) Susu Formula (1) TEKNIK PEMINDAHAN MANGSA (1) TV UP NETWORK (1) TV di blog (1) Teamwork Revolution Power System (1) carbohydrate loading (1) journal (1) kenaikan pangkat (1) letourde langkawi (1) pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 (1) peperiksaan (1) quadrant jump (1) suzuki cup (1) ukuran Gelanggang (1)

Google+ Followers

Tetamu Istimewa Saya

Peluang Jana Pendapatan On9

Peluang Jana Pendapatan On9
Pendaftaran Percuma - Keahlian Seumur Hidup
 
© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO