JENIS-JENIS SKOR
Skor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu secara ada kesinambungan ataupun secara berasingan.
- Skor Selanjar (Continuous Score)
Kerap digunakan dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Mempunyai keupayaan memperbanyakkan nombor penilaian kerana mereka dapat mengukur dengan mengubah darjah ketepatan. Antara dua nilai skor selanjar terdapat nilai yang tidak terhitung yang terungkap sebagai pecahan. Contohnya, bilangan berat badan seseorang dapat direkod dalam 5-, 1- atau skor ½ paun bergantung pada bagaimana ketepatan skor yang diperlukan.
Kebanyakan skor selanjar ini membundar kepada unit pengukuran yang terhampir apabila ia direkodkan. Contohnya, skor pelajar yang lari pecut 100 meter dalam masa 10.57 saat direkodkan menjadi 10.6 saat kerana 10.57 saat adalah lebih hampir dengan 10.6 saat berbanding 10.5 saat. Selalunya apabila bilangan membundar pada unit pengukuran yang terhampir, ia akan bertambah hanya apabila bilangan tersebut ialah 5 atau lebih. Oleh itu, 11.45 membundar menjadi 11.5 sementara 11.44 akan direkodkan menjadi 11.4.
- Skor Berasingan (Discrete Score)
Terbatas pada bilangan nilai yang tertentu sahaja dan selalunya tidak terungkap sebagai pecahan. Skor dalam acara lontaran atau menembak pada nombor yang disasarkan iaitu 5-4-3-2-1-0 adalah berasingan kerana hanya akan memperoleh skor 5,4,3,2,1, atau 0 sahaja, mustahil untuk memperoleh skor pecahan seperti 4.5 ataupun 1.67.
Menurut Ferguson & Takane 1989, skor dapat digolongkan sebagai nisbah, sela, nominal dan ordinal. Bagaimana skor digolongkan adalah berdasarkan pengaruh pengiraan yang dijalankan ke atas skor-skor tersebut.
a) Skor Nisbah ( Ratio Score )
Mempunyai persamaan unit pengukuran antara setiap skor dan ada kenyataan nilai kosong, maka kenyataan tentang persamaan nisbah dapat dibuat. Contohnya, ukuran tinggi , berat badan, masa dan jarak. Masa yang diambil oleh pelajar A untuk menamatkan larian 100 meter ialah 12 saat dan pelajar B mengambil masa 24 saat. Ini bermakna pelajar A dapat berlari lebih pantas dua kali ganda daripada pelajar B.
b) Skor Sela ( Interval Score )
Mempunyai persamaan unit pengukuran antara setiap skor tetapi tiada kenyataan nilai kosong. Skor 0 pada ukuran jarak merupakan nilai kosong yang benar dan menunjukkan tiada jarak. Manakala skor 0 pada ujian pengetahuan bukanlah nilai kosong yang sebenar kerana ia tidak boleh menunjukkan jumlah kekurangan pengetahuan. Ini bermaksud bahawa responden tidak tentu menjawab semua soalan pengetahuan dengan jawapan yang betul.
Semua skor prestasi fizikal adalah sama ada skor nisbah ataupun skor sela. Contohnya, dalam ujian lompat kuadran, pelajar A berjaya melompat sebanyak 80 bilangan ulangan, pelajar B mendapat 70 ulangan dan pelajar C mendapat 40 ulangan. Ini bermakna pelajar A berjaya melompat 10 bilangan ulangan lebih jauh daripada pelajar B dan pelajar C melompat 30 ulangan lebih rendah daripada pelajar B. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menyatakan bahawa pelajar A dua kali lebih kuat daripada pelajar C. Nilai kosong dalam skor sela tidak menggambarkan nilai yang mutlak. Pelajar yang tidak berjaya melakukan ujian lompat kuadran dan mendapat skor kosong tidak bermakna ia tidak mempunyai ketangkasan kaki.
c) Skor Ordinal (Ordinal Score )
Tidak mempunyai persamaan unit pengukuran antara setiap skor tetapi ia mempunyai arahan membolehkan skor itu untuk mempercirikan satu-satu skor agar lebih tinggi dari yang lain. Skor ordinal mempunyai pangkatan. Contohnya, bilangan ujian bangkit tubi lutut bengkok bagi empat orang pelajar ialah 16,15,12 dan 8. Perbezaan di antara pelajar yang diberi pangkatan 1(16) dengan pangkatan 2(15) mungkin kecil, tetapi beza antara pelajar pangkatan 3(12) dengan pangkatan 4(8) mungkin besar.
d) Skor Nominal ( Nominal Score )
Tidak boleh diberi arahan pangkatan. Contohnya, individu boleh diklasifikasikan melalui kecenderungan dalam sukan tetapi tidak boleh mengatakan bahawa satu-satu sukan itu lebih baik dari sukan yang lain. Perbezaan jantina juga merupakan satu lagi contoh skor nominal, iaitu antara jantina lelaki dan perempuan. Perbezaan kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain lagi.










{ 0 comments... read them below or add one }
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.